Sunday 1 December 2013

Baking Items

Salam & hye
Selamat berhujung minggu, Alhamdulillah diam tak diam dah masuk penghujung tahun. December come again, December bermakna musim hujan sudah melanda huhu.Weekend kami kali ni, kebanyakkannya kami habiskan masa kat rumah dan keluar dating berdua. Malam Sabtu kami tengok movie kat Jusco Cheras Selatan, tengok cerita hantu "Penanggal" Boleh tahan lah ceritanya. Kami laki bini memang suka tengok cerita hantu, walaupun bila tiba part hantu muncul bininya asik tutup mata and lakinya akan bising cakap kalau tutup mata rugilah beli tiket wayang :p tapi tetap suka tengok movie cerita hantu hihi. Hari Ahad pulak, lepas Shahrul settle bersihkan akuarium Kura-kura dan Ikan-ikannye kami keluar beli barang-barang dapur kat Econsave Jalan Reko. Memang setiap bulan kami akan belanja barang dapur kat sini. Harganya agak murah lah berbanding pasaraya lain. Kena bijak berbelanja maklumlah sekarang semua barang dah naik harga ishk3...
Antara barangan keperluan harian, Beras, gula, kicap, tepung, susu, biskut, milo, bawang, sos cili dan lain-lain lagi. Total Damaged RM150. Settle belanja barang dapur Shahrul ajak saya pergi Warta kat Bangi, nak makan KFC katanye. So layankan je, kami ke Warta lepas tu, selesai makan. Shahrul ajak jalan-jalan kat Mr. D.I.Y yang baru buka dalam warta ni.
Rembat barang-barang baking nih. Memang nak cari tray baking yang kecik camni, senang nak buat cheese cake nanti. Beli jugak cookie cutter comel tu dengan muffin tray tu huhu. I love my weekend till then xoxo

3 comments:

  1. oh..dekat warta ek? area Kajang ada tak?

    ReplyDelete
  2. kajang sy x sure Riziela, slalunye sy p cheras klu nk p diy, tp skg kat warta bangi pun dah ade, xyah p jejauh huhu
    Cik Pn Tqah: hihi

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.