Sunday, 10 April 2016

Sofabed From IKEA

Assalam & Hye,

Setelah hampir tiga tahun setengah kami bernikah dan pindah kat rumah ni, memang selama ni pakai sofa coklat hadiah dari kakak ipar tu. Sofa tu pun dah lama jugak, sebelum dia bagi kami dia dah pakai dalam dua tahun macam tu, So saya anggarkan sofa tu dah pakai lebih kurag lima tahun, keadaan dia ok lagi cuma kusyen tu dah agak uzur sikit lah. Kalau duduk dah rasa papan dah T.T Then saya decided nak beli Sofa baru. Niat nak beli sofa dah lama ada, so bebaru ni tengok website IKEA ada satu sofabed yang agak cantik dan saya berkenan sebab selain boleh duduk macam biasa sofa tu pun boleh transform jadi katil comel huhu  Harga pulak berbaloi-baloi. So gigih bentangkan idea nak beli sofabed idaman. Hasut laki sampai laki termakan dengan hasutan bini nak beli sofa baru.


Gambar ni sumber dari IKEA. Saya pilih color ni sebab Ruang tamu kami tu kami pilih tema hitam, putih dan Kelabu.

So hasil termakan hasutan bini, maka Sofabed pun muncul dalam ruang tamu kami muahahaha.

Sempat rembat dua kusyen murah warna putih kat IKEA. Matchingkan dengan kusyen lama warna merah tu, tak payah membazir haha. Kasi naik sikit color putih tu dengan warna merah.

Misi seterusnya nak beli TV dan Console Table. Insyallah, nanti dah dapat saya share kat sini, till then xoxo

BookCases

Assalam & Hye
Entry sebelum ni saya ada sebut nak ke IKEA sebab nak cari Bookcases idaman sebab nak letak dekat ruang sebelah almari baju tu kan. Guess what, malam tu jugak lepas abis kerja meroyan kat laki mintak bawak kan ke IKEA, nasib baik laki rajin melayan lalalala
Sebenarnya sebelum isu meroyan tu saya dah siap kemas buku-buku dalam almari coklat beli kat Giant lama dulu, sebelum ni almari kecil ni kami letak dekat ruang tamu tapi bebaru ni kami alihkan.
Dah susun cantik-cantik dah buku kat situ, tapi malangnya laki balik keje tengok almari coklat tu dia pulak meroyan, tak matching dengan keseluruhan perabot dalam bilik katanya. So gigih dia bawak keluar almari coklat tu, then bini pun meroyan sebab buku dah kena bawak keluar T.T Isu buku je pun sampai nak meroyan bagai haha bukan apa tu buku-buku kesayangan saya yang saya collect masa umur 18 sampai sekarang, antara koleksi kesayangan saya adalah Harry Potter, Twilight, Shopaholic series etc. Op coz la saya angin bila dia alihkan huhu pastu laki nak pujuk terus ajak pegi IKEA. So apa lagi paw laki Bookcase putih lawa muahahaha.


Balik je dari  IKEA laki terus pasangkan rak tu, dia yang terlebih eksited pulak. Tapi yang belakang putih tu dia pasang esok pagi sebab kena paku sikit, taknak ganggu jiran memalam dengan bunyi orang menukang.
dengan sepantas kilat bini susun buku kesayangan kat situ. Nampak banyak ruang kosong bermakna kena tambah koleksi buku baru nampaknya. Okey kena tunggu Big Bad Wolf hujung tahun ni sebab kat situ buku jauh lebih murah dan berbaloi kalau nak beli one set atau satu-satu.

 Till then xoxo

Thursday, 7 April 2016

Update New Bedroom Makeover

Assalam & Hye
Setelah sekian lama berhibernasi dari dunia decor. Bebaru ni mood itu kembali berputik haha So banyak tempat yang kami buat pembaharuan antaranya dapur, ruang tamu dan bilik tidur utama. Bukan apa dah bosan sangat dengan keadaan bilik tidur kami tu. Kali ni nak mood baru, nak suasana baru so haruslah kena buat sesuatu huhu. Anyway kami cat bilik kepada color cream2 kuning untuk ruang yang lebih luas. Sebelum ni cat putih je. So meh cuci mata dengan gambar kat bawah ni


Yang atas ni pemandangan waktu malam dengan lampu-lampu huhu gambar ni saya ambil lepas kami siap kemas dan hias bilik ni. Kami pilih perabot putih sebab saya suka sangat perabot warna putih. Bagi saya warna putih senang nak matching dengan apa-apa warna. Perabot tu saya beli di kedai Perabot area Prima Saujana.. Harga sangat berpatutan, bawah RM1K untuk Katil, Meja Solek dan Almari. Perkhidmatan penghantaran pun memuaskan walaupun terlewat satu hari dari tarikh yang dijanjikan, tapi takpelah manusia kan ada buat  kesilapan huhu. Side table dan lampu saya beli di Ikea je memandangkan set yang saya beli tu tak include side table. Kalau ada side table harga jadi lain, dan saya rasa tak worth it sebab dapat satu je side table dan harga agak mahal la. So kami decide beli di IKEA je. Satu meja tu berharga RM29.90, so beli dua letak kiri kanan katil.


Yang ni pemandangan siang. Nanti nak ke IKEA semula untuk cari Almari untuk simpan buku-buku kesayangan saya. Selama ni simpan dalam kotak je.

Nak letak sebelah alamari ni. Ruang ni ade kosong lagi since almari yang kami beli tu kecil je huhu. Berkenan dengan almari kat Ikea ni.
 Hopefully ade stock lagi huhu Anyway rasanya setakat ni dulu. Insyallah nanti nak share pasal console table, sedang mencari console table yang sesuai nak ganti console table yang lama. Till then xoxo

Monday, 4 April 2016

WiShLiSt





My wishlist, console table. Nak color putih jugak huhu  Hopefully dapat beli dalam masa terdekat, Insyallah.

Idea Decor Bilik Tidur







I always love nude color huhu. Perabot semua off white, cantiknya huhu...

Sunday, 27 March 2016

Update Cupcake Kitchen

Assalam & Hye



bebaru ni ade tambah satu gadget dalam buah hati saya dalam rumah a.k.a Cupcake Kitchen huhu Saya tambah coway sebab senang sikit, tak payah nak masak air panas dah dan tak perlu sejukkan air mineral dalam peti ais yang cenonet tu huhu dah jimat ruang sikit. Saya pindahkan almari putih tu kat tepi dinding dan almari dapur gas dekat dengan sinki. Buat masa ni agak praktikal. Next step insyallah nak tukar langsir. Yang tu saya update selepas langsir ditukar k, insyallah. Till then xoxo

Our Simple Living Room

Assalam & hye...
Lamanya tak update blog, rindu rasanyaaaa... Masih ade lagi ke orang nak baca  blog ni since dah lama gile tinggal bersawang. Anyway lately ni, hobi deco dah kembali berputik setelah lama berehat huhu. Kami make over ruang tamu, minimize perabot dan barang. Tambah lightning. Nak simple-simple je janji sedap mata memandang huhu.




Nanti kalau ade rezeki nak ganti console table tu nak warna putih huhu Insyallah. Till then xoxo