Wednesday, 11 September 2013

#Throwback#mysweetmemories#

Salam & Hye,
Alhamdulillah, 15 September 2013 genaplah setahun usia perkahwinan saya dengan Suami tercinta. Sekejap je masa berlalu, diam tak diam sudah hampir 8 tahun saya mengenalinya sebelum kami mendirikan rumah tangga. Banyak kenangan pahit dan manis yang saya lalui sepanjang 8 tahun tu. Mungkin Allah dah tentukan Jodoh saya dengan Shahrul. Walau apa pun dugaan yang datang, kami tetap kuat dan sentiasa percaya antara satu sama lain. Alhamdulillah, saya sangat bahagia dengannya and I love him for the rest of my life. Memanglah kadang-kadang gaduh-gaduh manja tu memang tak dapat nak dielakkan, ibarat kata P.Ramlee " Sedangkan Lidah lagi tergigit, Inikan pula Suami Isteri " Cewah...Anyway Entri ni takde lah best sangat. Lebih kurang macam Entri orang yang tengah bosan dan tak tahu nak update ape kat blog dia hehe.. Saje je nak shared moment-moment terindah saya kat dalam blog ni. Saya pun baru lagi dalam dunia Blogger ni, blog ni pun saya buat lepas saya berkahwin, so tak ade lah cerita tentang persiapan pertunangan or perkahwinan kami. Tapi hari ni saya nak shared beberapa gambar kenangan saya. So let's throwback
 Masa couple dulu, saya selalu dapat bunga, Especially Pink Roses. Sekarang ni after kawin still dapat cuma takdelah kerap macam time couple2 dulu... Biasalah habit Lelaki.... huhu =) 
Beberapa gambar kenangan masa kami Couple, Kami couple sekitar tahun 2005. Masa tu takdelah terfikir nak kahwin dengan dia hehe saya pun muda sangat masa tu, baru 18 tahun. Tapi tahun demi tahun berlalu, kami still bersama. Masa tu tak tahu lah rasanya macam hidup saya tak lengkap tanpa dia dan dia pun sama. Mungkin itulah jodoh namanya. Family kami Alhamdulillah merestui hubungan kami. Then tahun 2011 baru kami ambik keputusan untuk bertunang.



 my twin tak sama Mak Ayah huhu yang ni one of my best friend Cindy. Ramai kawan-kawan kata muka kami seiras. Tapi Saya pun tak sure betul ke tak??? hehe

Kami bertunang dalam masa setahun setengah. Sepanjang masa tu memang bz prepared untuk majlis Perkahwinan kami. Dalam merancang majlis, kami turut rancang apa kami nak buat lepas berkahwin. Contoh macam tempat tinggal dengan beberapa kemudahan asas seperti Kereta dan pekakas penting untuk rumah dan sebagainya. Hal ni, kena rancang dengan teliti, supaya lepas majlis kita tahu apa yang kita perlu buat dan di mana hala tuju kita. Macam saya, lepas kahwin saya memang terus stay dengan Suami, so sebelum majlis kami dah cari rumah sewa siap-siap ( belum mampu nak ada rumah sendiri T.T sob..sob ) So lepas berkahwin taklah kelam kabut. Tanggal 15 September 2012 kami bernikah, tema yang saya pilih untuk hari pernikahan adalah warna kelabu. Tak tahu kenapa, saya nak pakai baju warna kelabu masa nikah huhu. Saya beli kain lace dan baju melayu kat Jackel. Masa tu tengah offer, dapat samping free untuk pengantin lelaki. So saya beli kain pasang dan suruh Mak mertua saya jahitkan. Bukan takmo beli yang dah siap, walaupun saya tahu yang dah siap tu lebih mudah sebab dah ada beading dan sebagainya, tapi memang saya dah niat dalam hati nak suruh Mak mertua saya yang jahitkan baju nikah kami berdua.




Kami nikah lepas Asar, Alhamdulillah sekali lafaz saya dah sah menjadi Isterinya. Insyallah harapannya biarlah sampai ke Jannah perkahwinan kami ni. Lepas je majlis nikah selesai. Saya terus balik rumah untuk sesi bergambar, yang ni ada tiga persalinan. Seumur hidup sekali je uolss, mestilah nak cuba hehe. Saya pilih baju Jawa, India dan Korea.


Masa ni memang penat sesangat, tapi satu kenangan yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Oh ya! malam tu jugak, kami ada majlis berinai. Saya pilih tema warna kuning untuk majlis berinai kami. Baju Songket Kurung Pahang.


Opss! lupa nak bagitau, tema majlis perkahwinan saya adalah Kelabu + Hijau turquoise. Saya memang sukakan warna-warna yang soft. Saya pilih warna ni berdasarkan baju sanding saya. Dress labuh, masa first time nampak dress ni saya dah suka sangat-sangat  dengan warna dia yang soft.




Alhamdulillah, masa ni memang ramai Keluarga, Saudara mara dan kawan-kawan saya datang memeriahkan majlis kami. Selesai je makan beradap hujan turun selebat-lebatnya huhu tapi Saya dan Shahrul kena bersiap-siap untuk ambik gambar outdoor.

Tak banyak sangat gambar outdoor ni, ada kat pendrive. Saya malas nk selongkar balik huhu. Ok last but not least, saya shared beberapa gambar kenangan majlis sambut menantu kat rumah Shahrul yang diadakan seminggu selepas majlis di rumah family saya



 Yup serba merah. Yang ni saya tak tahu menahu, semua mak mertua saya yang pilihkan. Tapi saya suka sangat pilihan dan baju ni. Memang cantik warnanya. Hmm.. seronoknya ingat moment macam ni, saya selalu cakap denagn Shahrul rasa macam nak putarkan masa dan bersanding sekali lagi hahaha Shahrul selalu gelak je bila saya cakap macam tu, dia kata " Itulah maksudnya perkahwinan sekali seumur hidup" So kalau sesiapa yang rancang nak berkahwin dalam masa terdekat. Nasihat saya, rancanglah dengan sebaiknya. Apa yang kita impikan tentang perkahwinan, realisasikanlah masa perkahwinan kita nanti sebab sekali je seumur hidup tak leh nak ulang semula huhu. Anyway, sampai sini dulu, sambung melalut next time hehe till then xoxo

Sunday, 8 September 2013

Rise & Shine

Salam & hye,
Selamat berhujung minggu. Ape aktiviti korang minggu ni? Aktiviti saya minggu ni adalah berkhemah di Port Dickson! Saya pergi ke Port Dickson bersama Kakak-Kakak Ipar, my BFF dan opkos! Suami tercinta.Seronok rasanya dapat luangkan masa dengan Family dan Kawan-kawan. Sebenarnya kami memang dah biasa berkhemah tetapi selalunya kami berkhemah di dalam Hutan, tapi kali ni lain sikit. Ini kali pertama kami berkhemah di Pantai. Pengalaman yang agak menarik bagi saya. Kami bertolak petang Sabtu, sampai kat tapak Khemah dalam pukul 8 malam. Rasa segar sangat bila kena angin Laut. Kawasan tu agak menarik la, Airnya bersih dan kemudahan tandas awam serta kedai makan pun disediakan. Tapak Khemah dikira berdasarkan, Kalau kita bawa khemah sendiri, mereka akan charge RM6/person tapi kalau kita sewa khemah daripada Owner mereka akan charge RM25/khemah. Kami bawa khemah sendiri, so diorang charge RM6 la setiap sorang. Kitaorang sampai tapak Khemah pun dah malam, time tu masing-masing kelam kabut dirikan khemah sebab takut hujan pun iye jugak. Settle dirikan khemah, kami start masak makan malam. Masing-masing ambik bahagian memasak. Yang lelaki bakar Ayam buat BBQ, yang perempuan sediakan makanan lain. Sayangnya saya tak sempat nak ambil gambar malam tu, mungkin dah kelam kabut nak masak. Selesai masak-masak, kami makan ramai-ramai. Seronok sangat makan-makan tepi pantai. Kami masuk tidur dalam pukul 2 pagi.Masing-masing dah keletihan. Perbezaan Berkhemah di hutan dan Pantai adalah khemah kat tepi pantai memang agak mencabar panasnya. Saya tak dapat tidur dengan lena. Bila subuh, air laut dah mula pasang, dengar dari dalam khemah macam hujan lebat pulak bunyinya huhu. Bagi saya memang pengalaman yang menarik. Di sini saya shared beberapa gambar kenangan berkhemah kami.
Masa ni air laut tengah pasang, memang betul-betul dekat dengan khemah kami. Nasib baik khemah kami kat atas bukit, kalo tak dah hanyut kot huhu.

Ni gambar waktu pagi, Shahrul bangun tidur terus pergi memancing. Tapi ikan? nan hado.. langsung tak dapat hehe.

Yang ni tapak khemah kami, ada 4 khemah semuanya. Alhamdulillah kami dapat tapak yang agak privacy dekat bukit, so tak ada orang lalu lalang.



Menu Breakfast pagi tu Nasi lemak, Papadom, Cendawan tempura, Roti, Baked beans dan lain-lain.
 Settle breakfast kami mandi-mandi laut, sempat la naik Banana Boat. Bila naik kat darat tengok kulit dah kena Sun Burn huhu. Gambar tak sempat ambik sebab masing-masing da excited nak mandi laut. Kami lepak-lepak dulu kat sana,dalam pukul 3 baru kemas-kemas balik Kajang. Tapi time nak balik tu, angin laut memang kuatlah, agak sukar untuk kami lipat khemah. Settle kemas semua barang, dalam pukul 4.30 baru gerak balik. Well, satu pengalaman yang agak menarik bagi saya, next destination nak bercuti sempena 1st Anniversary saya 15hb September ni, sekejap je rasanya waktu berlalu. Sedar tak sedar dah dekat setahun usia perkahwinan kami. Sebenarnya saya tak tahu nak bercuti ke mana, Any suggestion?? Anyway Till then xoxo

Wednesday, 4 September 2013

Dish Drainer

Salam & hye,
Pepagi lagi saya dah sibuk kat dapur. Sekarang ni memang dah jadi rutin saya masak bekal untuk Shahrul. So tetiap malam asyik fikir menu apa nak masak untuk dia. Hari ni saya buat spiral pasta je untuk dia, bangun 6.40pagi teus masak dan semuanya selesai pukul 7.10pagi.  Alang-alang dah siap masak tu, saya terus kemas-kemas dapur, sapu sampah, lap permukaan dapur gas, yang ni memang wajib buat setiap kali abis memasak! ( muka ketat -_-) dan tak lupa basuh pinggan, mangkuk, segala tok nenek kuali yang digunakan. Dah siap basuh opkos lah kena letak kat Dish drainer kan, bagi dia releks dan kering dulu baru boleh simpan dalam kabinet. Tetiba terfikir nak up entri pasal Dish Drainer ni, tak tau lah saya je yang hadapi masalah ni atau korang pun sama? Anyway sebelum ni, saya pakai Dish drainer FLUNDRA putih dari Ikea.
Sejak berkahwin setahun lepas, saya memang pakai dish drainer ni, beli kat Ikea. Harganya dalam RM7.90 kalau tak salah saya. Memanglah murah tapi ada satu kekurangan yang buat saya geram separuh mati adalah dish drainer ni selalu sangat kotor dan berdaki. Dah la warna putih,memang susah kalau tak endahkan kekotorannya. Korang yang pernah pakai dish drainer Ikea ni mesti perasan kekurangan Dish drainer ni kan? Masa tu, saya memang gigihlah bersihkan celah-celah dish drainer ni selang sehari. Lama-lama saya rasa fed-up sangat. So satu hari saya jalan-jalan kat Daiso Puchong, saya terjumpa Dish Drainer besi. Saiznya memang praktikal lah kalau nak letak atas sinki. Tak fikir panjang, saya terus beli dan gantikan dish drainer Ikea tu kepada Daiso. 


Sekarang ni rasa lega sangat tak payah nak menyental dish drainer tu selang sehari lagi huhu. Bukannya taknak beli dish drainer steel tu, tapi sinki saya kecil, kalau beli dish drainer tu kompom makan banyak ruang, sebab tu saya beli saiz yang lebih sesuai. Lagipun pinggan mangkuk kami berdua takdelah banyak mana dan saya ni jenis tak suka pinggan mangkuk berlambak atas sinki. Setiap kali basuh saya akan lap dan terus masukkan dalam kabinet. Sebab tu Dish drainer daiso ni sangat sesuai saya rasa. Anyway setakat ni dulu, nak siap-siap,ade urusan kat UKM jap lagi. till then xoxo 

Monday, 2 September 2013

Organizing Pasta

Salam & Hye
Sebelum ni, saya pernah tulis nak cari Spagetti jar dalam Entri Nie Alhamdulillah saya dah berjaya beli satu huhu. Semalam saya ajak Shahrul ke Metropoint Kajang. Saja jalan-jalan nak cari barang deco. Tetiba terpandang satu bekas kaca tinggi yang agak sesuai untuk simpan Spagetti dalam tu. So ape lagi saya rembat je satu.
Balik rumah tak sabar-sabar terus simpan Spagetti dalam tu muahahaha.
Alang-alang dah beli balang Spagetti ni, saya terus organized semula pantry saya. Saya buat satu ruang khas untuk koleksi pasta. Idea ni datang dari seorang kawan blogger saya, Nolly ( Thanks Nolly shared pasal Nie =) sebelum ni setiap kali lepas masak pasta, saya akan simpan pasta selebihnya dalam mason jar dan akan simpan  merata-rata dalam pantry. Tapi sekarang Pantry saya dah ada ruang khas untuk Pasta... Yippiie..!!!! =) Kat sini saya kongsi beberapa gambar En.pasta and the gang.
Saya kumpulkan semua kat satu ruang, senang nak capai masa nak masak nanti. Dah letak macam ni baru perasan yang mostly barang-barang kat sini warna kuning hehe. Anyway Saya just gunakan rak yang saya beli di Daiso ni untuk jimatkan ruang dan letak semua pasta saya yang ada kat Pantry ni.  Setakat ni,kat sini ada Spagetti, spiral pasta, Penne pasta dan Macaroni. Mungkin akan datang, saya akan beli pasta shaped lain pulak. Nanti bolehlah selalu masak pasta, tapi kena selalu google resipi lah (pasal saya tak pandai sangat masak Western, tapi ada semangat nak cuba huhu) 
Kat bawah ni ada sos prego ( tak pandai sangat buat sos,so tuang sos prego jer hihi ) Prego Cheese & Herb ni memang favourite saya, tu yang beli sampai tiga tin huhu. Selain tu ada Sos Prego carbonara,original dan Mushroom.
So that's it, siap dah entri ni. Next time kalau saya organized something saya akan shared dengan korang semua. Anyway Till then... xoxo