Monday 2 September 2013

Organizing Pasta

Salam & Hye
Sebelum ni, saya pernah tulis nak cari Spagetti jar dalam Entri Nie Alhamdulillah saya dah berjaya beli satu huhu. Semalam saya ajak Shahrul ke Metropoint Kajang. Saja jalan-jalan nak cari barang deco. Tetiba terpandang satu bekas kaca tinggi yang agak sesuai untuk simpan Spagetti dalam tu. So ape lagi saya rembat je satu.
Balik rumah tak sabar-sabar terus simpan Spagetti dalam tu muahahaha.
Alang-alang dah beli balang Spagetti ni, saya terus organized semula pantry saya. Saya buat satu ruang khas untuk koleksi pasta. Idea ni datang dari seorang kawan blogger saya, Nolly ( Thanks Nolly shared pasal Nie =) sebelum ni setiap kali lepas masak pasta, saya akan simpan pasta selebihnya dalam mason jar dan akan simpan  merata-rata dalam pantry. Tapi sekarang Pantry saya dah ada ruang khas untuk Pasta... Yippiie..!!!! =) Kat sini saya kongsi beberapa gambar En.pasta and the gang.
Saya kumpulkan semua kat satu ruang, senang nak capai masa nak masak nanti. Dah letak macam ni baru perasan yang mostly barang-barang kat sini warna kuning hehe. Anyway Saya just gunakan rak yang saya beli di Daiso ni untuk jimatkan ruang dan letak semua pasta saya yang ada kat Pantry ni.  Setakat ni,kat sini ada Spagetti, spiral pasta, Penne pasta dan Macaroni. Mungkin akan datang, saya akan beli pasta shaped lain pulak. Nanti bolehlah selalu masak pasta, tapi kena selalu google resipi lah (pasal saya tak pandai sangat masak Western, tapi ada semangat nak cuba huhu) 
Kat bawah ni ada sos prego ( tak pandai sangat buat sos,so tuang sos prego jer hihi ) Prego Cheese & Herb ni memang favourite saya, tu yang beli sampai tiga tin huhu. Selain tu ada Sos Prego carbonara,original dan Mushroom.
So that's it, siap dah entri ni. Next time kalau saya organized something saya akan shared dengan korang semua. Anyway Till then... xoxo

10 comments:

  1. simple n nice je tersusunnya..suke nengok..=)

    sy tekak kampung..mee lidi, kueytiau n bihun je lalu kot tekak...pasta gini setahun sekali je..hihi;p

    ReplyDelete
  2. wow.. mason jar tu beli kt mana? hihi.
    lps ni kena rajin2 masak pasta.
    mkn pasta elok..tak de kanji berlebihan.

    ReplyDelete
  3. auwwww cutenya siap ada tempat khas utk pasta..oh btw.. boleh tak bagitahu mana awak beli rak warna pink tu..rasa nk beli jugaklah.. tq.

    ReplyDelete
  4. Fizzah & Miss N: Mason Jar tu Abg Ipar sy bagi. Sy pun mkn sekali sekala je,mmg saje bli stok pasta ni, nnti bile teringin nk mkn, stok da sedia ada, tak yah p kedai dh hehe.
    Farhani: Tq, Rak pink tu sy beli kt Daiso Puchong. Semua Daiso ade jual Rak cmtu

    ReplyDelete
  5. salam..tumpang lalu... nak tanya..beli rak yg warna pink tu katna? harga? terima kasihhhhhh

    ReplyDelete
  6. Hati Ojie: Sy beli rak tu kat Daiso, harganya RM5 je

    ReplyDelete
  7. sedap ek sos prego tu.. nanti akak nak try la.. nak buat sendiri belum pandai lagi.. hihihi..

    ReplyDelete
  8. sy suke yg tu, lgpun sng je gne prego ni, tuang je ats spgetti huhu

    ReplyDelete
  9. hihi.. kemas jer.. dan nmpk cantik pasta tu..
    :)

    ReplyDelete
  10. kemas dan tersusun tmpt2 pasta dan spagetti.sy pun slalu simpan botol2 tu..mane tau nak isi2 brg.. cantik2 !!

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.