Tuesday 3 January 2017

Si Buah Hati

Assalam dan Hye
Happy new year  untuk semua yang sudi membaca coretan merapu blog ni dari mula lagi.  Thank you gaissss..  Anyway I have something excited nak cerita......  akhirnya setelah bertahun menjadi idaman hati,  saya dapat beli sesuatu untuk buah hati dalam rumah iaitu dapur kesayangan yang cenonet tu. Walaupun cenonet but I love her so much hihi
Taraaaaa..... Introducing my new partner huhu Syukur, Alhamdulillah berjaya juga mendapatkan dapur gas oven ni.  Memang lama sangat menjadi idaman hati. Dapat beli yang biasa-biasa je tapi happy sangat sebab dapat beli dengan hasil titik peluh sendiri. Anyway sebelum ni saya guna dapur gas biasa tu je,  memang dah simpan niat satu hari nak juga dapur gas oven macam ni.  Saya takde build in kitchen cabinet, dapat buat ala-ala build in pon jadi lah hihi.  Kebetulan ada rezeki lebih dapat la beli. Oh lupa almari dayang senandung tu buat masa ni saya alihkan dulu.  Insyallah nak beri pada officemate yang nak pindah rumah,  baru kahwin. Lebih baik beri kepada yang lebih memerlukan huhu.
Hati rasa berbunga-bunga sebab nampak lebih kemas dan semua warna putih dan pastle. =D Mission accomplished.
Segala periuk kuali semua yang tinggal dalam almari dayang senandung tu saya terpaksa pindahkan ke ruang lain. Oleh kerana ruang dapur yang terhad, tak boleh nak beli sebarang perabot lagi, maka dengan ini, saya terpaksa korbankan ruang bakeri T.T  Memandangkan dah lama sangat tak baking,  lebih baik kita gunakan almari tu untuk sesuatu yang lebih  bermanafaat.  Maka saya reorganize semula kedudukan kuali periuk sudip dan sebagainya.
Saya suka simpan segala tok nenek periuk, pan dan kuali dalam satu tempat sebab senang nak cari. Oleh kerana ruang ni pun takdelah besar, manakala koleksi periuk belanga saya makin beranak pinak 😂 so saya kena cari solution untuk organized semua ni huhu. Saya beli insert shelf di IKEA dua size besar dan kecil. Shelf yang bersaiz kecil saya letak di ruang atas kabinet. Saya susun kuali pan satu tempat. Pan besar gedabak tu terpaksa sorokkan belakang shelf, sama juga dengan magic pan tu sebab takde ruang dah nak letak dia kat ruang depan. Oleh itu, bertabahlah di situ ya 😌 kuali tu pulak, sedih betul keadaan dia, tapi sentiasa berbakti dengan jayanya huhu jadi kita sumbat dulu dia di situ. Periuk yang berat-berat saya simpan di ruangan bawah kabinet,tak berani nak letak atas tu, takut runtuh. Periuk hitam tu, jenis tanah liat, saya suka sangat guna untuk masak sup atau kari huhu . Tepi tu pulak Muffin pan dan baking pan. Bahagian bawah sekali tu saya simpan periuk tangkai yang jarang guna. Suka sangat susunan macam ni, selain nampak kemas, ia juga memudahkan urusan di dapur

Segala sudip yang dalam almari dayang senandung tu saya pindahkan semua dalam Lennart ni. Nanti saya share susunannya dalam entri lain. Until then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.