Monday 9 January 2017

Hobi Baru ??????

Assalam &  Hye, 
Tengok tajuk pun dah seram haha, sebenarnya nak share hobi baru yang baru sangat berputik iaitu bercucuk tanam  Sebenarnya saya memang tak pernah dan tak terfikir langsung nak bercucuk tanam. Tak pasti ada bakat terpendam atau hanya angan-angan semata-mata hoho.  Minat ni datang dari seseorang di Instagram,  sebelum ni saya suka sangat stalker ig dia.  Minat sangat dengan dapur pink dan segala koleksi le crueset dia. Caption dia yang buat saya tertarik.  Kebetulan dia memang pandai memasak dan dia juga pandai bercucuk tanam especially herba English. Memang betul-betul menarik minat saya.  Jadi kita start beli beberapa jenis pokok dulu.  Tengok berhasil ke idok huhu.  Harap-harap pokok ni hidup subur bawah jagaan saya Aamin... 
Saya start dengan pokok Oregano dan Thyme. Lepas tu beli pokok Mint. Insyallah plannya nak cari lagi dua pokok. Nanti nak tukar pasu tu, nak ganti pasu besar sikit dan buat masa ni letak kat dapur saya dulu. Saya memang tak pernah tanam pokok, tapi tak ada salahnya kalau kita mencuba kan??? huhu.
Wish me luck gaissss... Till then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.