Monday 17 April 2017

Update Kitchen Sink

Assalam & hye
Lama sangat tak update blog ni. Bersawang-sawang dah =( hoho. Anyway harini nak update sikit berkenaan sinki kat dapur tu. Sebelum ni saya ada cerita pasal saya tukar sinki dari sinki standart ke sinki yang baru sini. Ada letak beberapa item baru untuk sinki, meh kita tinjau.
 Gambar keseluruhan sinki. Kiri kanan ni saya letak lennart Ikea.. Lennart ni berfungsi sebagai tempat simpanan sudip, pisau dan pekakas dapur yang lain. Selain tu permukaan atas tu saya letak dish drainer. Saya pakai yang saya beli di daiso, nanti nak gantikan dengan Dish drainer Ikea.

 Permukaan sinki ni saya letak bekas sabun cuci tangan, sabun cuci pinggan, bekas span dan pokok hiasan. Selain tu saya kosongkan je, sebab ruang ni adalah ruang kerja saya untuk memasak. Dapur saya kecil takde permukaan yang luas untuk buat kerja, so sinki la kawasan terbaik untuk buat kerja.

 Ruang yang paling besar ni saya simpan pekakas pencuci, sabun pencuci dan tong sampah. Setakat ni, ini lah saja susun atur terbaik yang saya jumpa. Insyallah akan berubah dari semasa ke semasa.
 Ruang Favourite saya. Kat sini saya simpan segala mangkuk plastik dan kaca untuk memasak. Banyak color pink, Yippie



Lennart yang ni saya simpan plastik sampah, kain lap dan lesung batu huhu. Setakat ni saja update pasal sinki, till then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.