Thursday 5 May 2016

Console Table

Assalam & hye...
Entry sebelum ni saya ada cakap pasal console table. Teringin sangat nak console table warna putih. Selama tiga tahun kami pindah sini, kami gunakan meja coklat ni yang asalnya meja tv.

Lupa nak ambik gambar close up, cari gambar dalam phone terjumpa gambar ni aje. Meja ni pattern lama dan sebelum ni kepunyaan akak ipar. Masa nak pindah dulu dia beri kepada kami sebab tak cukup ruang nak simpan katanya. Meja ni betul-betul menghadap pintu masuk, bukak pintu je kita akan nampak meja tu dulu. Macam saya cakap awal-awal tadi saya teringin sangat nak meja console color putih, so Isnin lepas cuti hari buruh, Shahrul bawa saya ke Bangi. Ada satu shop lot yang jual perabot bersebelahan Hentian Kajang. So kami survey console table. Saya berkenan satu console table yang simple, harga berpatutan dan yang penting warna putih. Masa kami nak beli tu, stock takde, so kami kena tunggu hari sabtu katanya. Tapi semalam hari Khamis, tergerak hati nak call kedai tu tanya console table yang kami nak tu dah ada stock ke belum. Then seller tu cakap dah ada dan boleh ambil hari tu jugak. So apa lagi, saya excited sangat ajak Shahrul pergi ambik meja tu lepas balik dari keja. Kami gerak lepas Magrib, lepas ambil meja tu masing-masing eksited. Sampai je rumah Shahrul tolong saya pasangkan. So bila laki siap pasang je meja tu. bini eksited nak hias dh wuwuuwuwuw.


Tadaaaa.. All white, kesukaan sangat. Tapi sebenarnya tak siap lagi ni, ada benda lagi nak tambah. Insyallah, nanti bila dah siap saya akan shared kat sini. Till then xoxo

1 comment:

  1. waaaa...da banyak buat deko skang. suka2 =) lama tunggu entry baru.. =)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.