Thursday 26 May 2016

Pantry Room Update ( Part 1 )

Assalam & hye,
Entry sebelum ni, saya ada cerita pasal ruang pantry kat rumah saya. Saya ada buat penambah baikkan dalam ruang tersebut. Seperti yang sedia maklum, dapur kat rumah saya tu kecil je ruangnya. Hanya muat-muat untuk KC dan ruang memasak. Jadi untuk ruang dobi dan pantry saya tempatkan mereka dalam satu bilik kecil di dapur. Ruang tersebut saya gunakan sebaiknya, ruang sebelah kanan untuk pantry dan ruang kiri bilik untuk dobi. Ruang dobi saya dah buat penambah baikkan, kini ruang tu berubah 100% dari yang asal. Hati berbunga-bunga tiap kali basuh baju huhu. So now nak buat ruang pantry pulak. Meh kita tinjau rupa pantry lama saya.


Saya gunakan perabot yang sedia ada je sebelum ni, Kabinet ni kabinet buku asalnya. Saya gunakan kabinet ni hampir tiga tahun. Rak ni masih elok lagi sebenarnya tapi dah rasa bosan sangat. Lastly saya decided yang saya nakkan perubahan, nak yang fresh dan cantik. Barulah ada semangat nak masak sedap-sedap huhu. So saya google beberapa idea yang menarik untuk ruang pantry. Tapi untuk permulaan, saya kena jual dua kabinet ni dulu dan kemudian saya ke IKEA untuk beli rak yang sesuai untuk pantry.
Saya mahukan konsep open pantry. So saya ke Ikea dan beli dua rak Albert dan satu rak Laiva. Rak Laiva tu rak buku sebenarnya, tapi saya transform untuk letak barang pantry. Selain itu, saya ada beli  beberapa lagi barang untuk decor huhu. Decor tu harus ye lalalala.
Balik je dari IKea terus punggah semua barang dan susun-susun kat panty. So hasilnya.

Taraaa... simple je. Untuk rak pertama dari kiri, ruang paling atas dalam kotak biru tu saya simpan ubat-ubatan. Rak ke dua tu saya simpan segala rempah ratus, rak ke tiga saya simpan spagetti, makaroni dll. Untuk rak kedua tu saya letak pasu untuk deko huhu, tingkat ke dua saya plan nak letak buku resipi, rak ke tiga segala instant drinks, tea dll. Ruang ke empat tu saya simpan snack dan biskut dan yang paling bawah tu saya simpan stok bawang, bawang putih, kentang dll. Untuk rak yang last atas sekali tu kotak ubat-ubatan ( saya asingkan untuk pelbagai sakit demam, gastrik, selsema dll ) Tingkat ke dua saya simpan segala stok bihun, magie dll dalam Samla Box. Rak ke tiga saya simpan segala barang toiletries dan yang paling last adalah segala sos, makanan dalam tin, kicap dll saya simpan dalam bekas tu huhu. Taknak pakai bakul dah sebab serabut sangat saya rasa dengan ketinggian botol yang tak sama. Tak nampak kemas huhu. So beli je samla box yang besar dan masukkan segala benda dalam tu. Ohhh saya ada beli obeservator nak letak kat rak tu, plan nak simpan roti nanti kat situ, tapi sebab tak beli stok roti saya simpan air mineral dalam cup tu dulu.
 Sebenarnya ada lagi beberapa item nak tambah. Nanti saya akan update kemudian ye. Hopefully dapat siapkan sebelum puasa, Insyallah. Till then xoxo.

3 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. waaaaa kemasnya.. naik seri terus area ni! =)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.