Sunday 1 December 2013

Busy November

Salam & hye,
Rasanya dah lama saya tak update blog, ada banyak cerita bulan November ni sebenarnya, cuma saya agak bz nak update blog. Anyway 24 November yang lepas adalah birthday Shahrul kesayangan saya tu. So saya ada buatkan surprise birthday party untuk dia. Hanya majlis kecil-kecilan je, jemputan pun dikalangan keluarga dan kawan-kawan rapat. Plan ni saya rancang dengan kakak Ipar saya, senyap-senyap saya beli bahan-bahan untuk buat kek harijadi dan bahan-bahan untuk masak pada majlis tu. Menu hari tu pun simple je
Menu Utama:
1.Soto Ayam
2. Nasi Putih

Menu Sampingan:
1. Lasagna
2. Kari Ayam
3. Sup Ekor

Pencuci Mulut:
1. Buah-buahan
2. Kek Batik
3. Sandwich
4.Sushi
Itu antara menu saya pada hari tersebut. Shahrul memang tak tahu menahu pasal plan saya ni, saya jemput kawan baik saya dan Shahrul. Mereka sampai di rumah petang Sabtu, malam tu kami makan kat luar. Diorang teringin nak makan ayam penyet kat bangi. So kami bawak je, pastu dalam pukul 12 malam Shahrul sengaja nyanyi lagu Happy Birthday untuk dia. Saya buat-buat tak ingat yang hari tu birthday dia, siap tanya dia " eh, hari ni birthday Abang ea, B lupa la" huhu padahal dah memang plan something untuk dia. Esoknya saya memang bz sediakan semua menu dan buat kek sekali. Nasib baik kawan baik saya Nana datang membantu, so tak la kelam kabut sangat. Well,ini kali pertama saya buat kek harijadi untuk Shahrul. Sebelum ni beli je, oleh kerana saya dah boleh buat kek sendiri so tahun ni saya nak buat sendiri birthday cake untuk dia.
Walaupun simple je, tapi puas hati sebab dapat buat sendiri huhu. Malam tu Family kami datang, Shahrul tak syak apa-apa, saya cakap kat dia. Diorang ( Family ) saja nak kumpul ramai-ramai kat rumah kami sebab Mak mertua saya nak datang Kajang so dia cakap ok je. Gambar majlis malam tu saya terlupa nak ambik pasal  saya bz sangat layan tetamu. Shahrul terkejut sangat masa kami bawa kek pada dia malam tu, tak sangka saya plan semua ni untuk dia. Rasanya dia suka sangat Surprise Birthday Party dia tu sebab semua family dan kawan baik berkumpul untuk raikan harijadi dia huhu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hadiah untuk dia, saya belikan pokok kaktus je. Kenapa Kaktus??? macam takde menda lain nak bagi??? emmm.. nak buat camne memang dia suka sangat pokok kaktus, memang hobi tanam pokok kaktus. So saya bagi je apa yang dia suka

Alhamdulillah, plan nak buat birthday untuk dia berjalan lancar. Insyallah next year saya akan plan idea lain pulak untuk dia huhu anyway till then xoxo

2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.