Wednesday 14 August 2013

Salam Aidilfitri

Salam & hye,
Rasanya masih tak terlewat kalau saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Macam mana Raya korang? Best tak? Mestilah best kan dapat bersama keluarga tercinta. Rasanya Lama dah tak hapdet blog, maklumlah bz beraya dan dapat cuti raya lama katenye huhu Anyway saya start cuti 5hb Ogos sampai 16hb Ogos ( dapat raya sepuas hati =) Balik ke Kajang 13hb ( balik dengan berat hati, pasal dah cuti lama dan malas nak sambung keje huhu =( Insyallah Esok dah start keje baru kat KPJ Kajang, hopefully semuanya ok, amin. Saya takmo cerita pasal tu, nanti mood larik. Saya hapdet blog ni pasal nak cerita tentang Hari Raya. Kami balik ke Segamat pada malam 6hb Ogos. Dua hari sebelum raya. Konvoi dengan Kakak dan Abang Ipar. Raya kali ni, saya beraya kat rumah keluarga mertua. Maklumlah raya pertama kan, so kena raya belah Suami dulu. Walaupun raya kat sana, saya still balik jengah family saya juga tengok apa yang boleh saya tolong. Rumah pun dekat je kan, tak sampai 5 minit dah sampai nak jalan kaki pun takde hal huhu. Aktiviti malam raya kat rumah Family Mertua sama macam kat rumah Family saya, bergotong royong masak juadah Hari Raya. Cuma bezanya Raya tahun ni tolong Mak Mertua dan Kakak Ipar masak. Kami masak macam-macam menu, ada Rendang Ayam, Kari Daging, Ayam masak Merah, Ketupat, Sayur Lodeh dan Sambal Kacang. Syukur Alhamdulillah, hari raya berjalan lancar dan dapat merasai Raya pertama sebagai Isteri. Perasaannya memang lain, berbanding masa saya bujang dulu. Kat sini saya shared beberapa gambar hari Raya kami
Ye, tahun ni tema kami warna Kelabu. Walaupun warna tak sama pasal salah beli kain  T.T sob..sob tapi raya saya tetap meriah di samping Suami tercinta  =)
 Baju Purple tu anak buah kami.
 Muka Budak Nerd sibuk nak beraya 

 Dari Kiri: Adik Ipar, Mak Mertua Tersayang, Kakak Ipar & Saya =)


 Yang ni Adik Beradik Shahrul, 3 Lelaki dan 2 Perempuan

 Mengerjakan budak nakal huhu


Saya gambar dengan Family mertua jer, Family saya, tak sempat nak ambil sebab masa raya pertama Mak, Ayah dan Adik saya sibuk layan tetamu. Saya pulak balik rumah Mak sebelah malam, tu pun duduk sekejap then siap-siap beraya ke rumah saudara kat Sagil.  Hari raya ke dua lepas Sembahyang Jumaat, kami bersiap-siap ke Muar. Kali ni beraya dengan Saudara mara belah Suami.



Dalam perjalanan ke Muar, kitaorang sempat snap-snap picture kat Sawah, cantik sangat view ni mengingatkan saya tentang Kampung Ayah kat Kedah. Malam tu kami buat BBQ, memang Happening sangat-sangat.








Yang ni gambar sepupu belah Shahrul, ni suku je. Ada ramai lagi sebenarnya, cuma diorang tak join je time ni huhu. Raya ke 3 dan seterusnya kami raya kat rumah Saudara mara saya pulak. Sampailah hari kami balik ke Kajang, sempat lagi singgah rumah Pak Andak saya untuk beraya huhu.
Alhamdulillah, meriah raya tahun ni. Insyallah kalau dipanjangkan umur, tahun depan giliran raya kat rumah Mak saya pulak, belum masuk tahun depan dah sibuk nak pilih warna tema baju raya tahun depan huhu.

Balik je Kajang terus isi kuih raya siap-siap dalam bekas kuih. Nanti kalau ada tetamu datang dah senang huhu. Kuih Raya pun import dari Kampung, Adik saya buat semua kuih tu, homemade memang sedap. Beza dengan yang beli kat kedai. Meh datang beraya ke Rumah. Tapi Kuih raya tak banyak huhu. Anyway till then Selamat Hari Raya... xoxo

4 comments:

  1. selamat hari raya ain!
    wah, memang meriah sambut syawal kali ni...almaklumla skrg dgn insan2 tersayang yea...
    jemput la datang ke rumah juga nti yea... ;)

    ReplyDelete
  2. Slmt hari Raya Lisa :) Cmne syawal kali ni, mesti meriah kan?
    Insyallah, mai la dtg kjg

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Ain!
    good luck keje kt tmpt baru.
    in sha Allah..dipermudahkn...
    teringin nye nk dtg beraya kt rumah ain.. bley ke?? hihih.
    nnt kena set date yg sesuai

    ReplyDelete
  4. Slmt hari raya Miss N, Tq.. mai la dtg kajang.. :)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.