Wednesday 28 August 2013

Kitchen Cabinets vs Habuk & Rainbow in my Kc

Salam & hye,
Sebenarnya saya nak cerita tentang dua perkara, Jadi saya muatkan dalam satu Entri. Arini saya ada masa free, so saje merajinkan diri yang tak berapa nak rajin ni mengelap kc kat dapo tu. Memula turunkan sume barang yang ada atas kc yang tengah2, pasal saya banyak lakukan aktiviti atas tu contoh tanak nasi lah, jerang air lah, sampai buat air Milo ke Nescafe ke saya akan buat kat atas tu jugak ( dapo kecik katenyerr, so ruang sangat terhad T.Tsob..sob ) So setiap kali saya gunakan permukaan kc yang ciput ni, setiap kali tu jugak saya akan lap. Saya ni jenis takkan tenteram kalo biar dapur saya bersepah heee.. =p
Saya turunkan semua peralatan kat atas kc
Pastu aktiviti mengelap permukaan kc akan dijalankan, saya guna kain basah jer. Nasib bek permukaan kc ni daripada Mozek. Kalau ada kekotoran, just lap guna kain basah je, sume kekotoran akan tanggal. Sangat mudah & menjimatkan masa
Dah confirm bersih baru saya letakkan semula peralatan ni kat tempat asal. Anyway saya dah tukarkan mug munge2 kepada mug cupcake! ( Hip..Hiiip.. Hoorey!! sambil lompat bintang ) Pastu dah alang-alang kemas permukaan Kc ni saya kemas sekali bahagian dalam kc. Keluarkan semua pinggan, mangkuk dan tray dalam tu, pastu saya akan lap bahagian dalam tu. Saya memang suka sangat kc saya ni, buat masa ni ruangnya memang mencukupi untuk simpan semua pinggan mangkuk saya cuma ada sedikit kekurangan, saya perasan bahagian dalam ni mesti ada habuk atau kulat, terutamanya kalau musim hujan.

Sebab tu setiap minggu saya akan bersihkan bahagian dalam kc tu. Kadang-kadang fed up gak, tapi nak wat cam mane dah beli pun, takkan nak beli yang lain. Dah tau dah mesti Shahrul akan reject kalo saya usulkan nak beli kc baru lalalala. 
Dah siap lap, saya akan susun semula pinggan mangkuk ni kat tempat asal. Oh ye, saya dah tambah ahli baru dalam kc ni, ingat tak saya ada cakap, yang saya nak beli set pinggan kanak-kanak jenama Kalass kat Ikea? Sebenarnya dah lama saya beli pinggan ni kat Ikea masa family saya datang ke sini dulu, tapi baru hari ni saya keluarkan dan simpan dalam kc.Sebelum ni saya simpan pinggan tu kat dalam pantry, saya pun dah lupa yang saya ada pinggan ni, semalam kemas-kemas Pantry baru perasan pinggan tu ada kat dalam pantry rupanya. So pagi tadi saya keluarkan dan simpan dalam kc pulak. Dah letak pinggan ni baru saya perasan yang kc saya sangat ceria sebab pinggan tu colorful macam Rainbow huhu. Anyway Saya beli pinggan ni pasal  banyak kegunaannya dan saya tak rasa membazir beli kerana.... (tidak melebihi 20 patah perkataan.) Emm.. oh ya! sebab saya suka sangat dengan warnanya dan saja buat investment. Kalau nak pergi picnic, saya boleh bawak pinggan-pinggan macam ni sebab ringan, tahan lasak berbanding pinggan kaca dan kalau anak kawan-kawan saya atau anak sedara saya datang ke rumah, bolehlah saya keluarkan pinggan ni untuk mereka. Emmm... nanti kalau ke Ikea lagi,  saya nak beli mangkuk Kalass pulak lah hehe. Anyway cukup kot saya membebel untuk hari ni, till then xoxo

3 comments:

  1. mmg superb kekemasannya!

    btw tang kulat tu, sy rasa faktornya sbb kayu cibod tu..ahah, belasah eja cibod janji paham..sbb almari baju n solek sy pun selalu tumbuh kulat2 tu..sy leh imejin..jenuh nk bersihkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul, kalau almari baju tu kn sebok je dia nak tumbuh....(maafkan saya kerana menyampuk)

      Delete
  2. tq Fizah =) haah, kdg2 fed-up gak sbb asik nk besihkan kc tu, tp... redho je lah at least blh merajin2kan diri yg x brp nk rajin ni huhu

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.