Sunday 3 November 2013

Cooking Table & Spices Collection

Salam & hye,
Selamat berhujung minggu dan bercuti kepada semua bloggers. Macam mana weekend korang, mesti bestkan? hujung minggu kami berdua kali ni, dihabiskan di Gambang, Kuantan Pahang. Kami pergi dua hari satu malam je, Ahad petang dah kena cepat-cepat balik Kajang sebab Husband saya kena kerja hari Isnin. Walaupun sekejap tapi we have a lot's of fun there, nanti2 saya upload picture rasa macam malas sangat nak selongkar gambar kat camera tu muahahaha. Anyway entri kali ni nak cerita tentang perubahan yang saya buat kat cooking table. Sebelum ni macam ni rupa cooking table saya.
Saya memang suka letak Sudip kayu, garam, minyak, spices sume dalam bakul atas meja masak, sebab memudahkan kerja saya masa nak masak nanti. hamek kau! sume ade depan mata huhu. Sebelum ni saya pernah cakap nak ganti bakul tu kepada bakul yang lawa sikit tapi takde lah banyak sangat perubahan yang dibuat, cuma saya gantikan bakul putih tu kepada bakul yang lain je hohoho ( mesti rasa nak lempang lelaju kan muahahaha )
Bakul coklat tu saya recycle je, Husband saya dapat hamper sempena hari raya. So saya gantikan je bakul putih tu kepada bakul coklat ni, nampak lebih shantek cuma yang tak syoknya sempit sikit.Terpaksalah keluarkan semua spices letak tempat lain.
 Zoom sikit apa yang ada dalam nih : Olive Oil, Minyak masak, Black Pepper Grinder, Bekas sudu, Bekas Garam, Ajinomoto dan Chicken Stock


 Oleh kerana bakul tu terlampau sempit,tak boleh nak letak segala tok nenek spices ni. Saya terpaksa cari bakul lain untuk simpan spices ni, kat dalam tu ada Balck Pepper, Parsley, Oregano, Rosemary, Mixed herbs, Mint Flakes, Basil, Garlic salt, Paprika dan Chili Crushed.
Gambar keseluruham. Agak padat meja masak saya nih, tapi masih boleh diterima sebab semua benda ada kat situ, sangat mudah dicapai dan memudahkan kerja. Itu yang penting hoho till then xoxo

6 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.