Wednesday, 6 November 2013

Cupcake Kitchen November 2013

Salam & hye,
Alhamdulillah, diam tak diam dah masuk bulan November dah sekejap je masa berlalu. Lagi sebulan dah masuk ke tahun baru. Rasanya tak terlambat lagi kalau nak ucap Salam Maal Hijrah kepada semua. Semoga segala amal ibadat kita sentiasa mendapat keberkatan, Insyallah. Anyway, arini mood nak tour my latest cupcake kitchen. Ade beberapa perubahan kecil yang saya lakukan di dapur saya yang kecik molek tu huhu so meh kita pusing satu dapur.
Dari pintu masuk utama pun dah boleh nampak pintu dapur ni, sebelum ni saya lepaskan langsir ni, tapi lama-lama rimas lak, itu yang saya ikat. So nampak kemas sikit. Dapur kat rumah saya memang kecil molek jer, memang ngam-ngam boleh muat sorang je dalam ni, kalau masuk 3-4 orang, confrim berlaga punggung T.Tsob..sob
Oleh kerana ruang yang terhad, so terpaksa kena susun semua benda kat satu tempat huhu. Bahagian ni adalah ruang memasak, Baking membaking dan Sinki. Ruang memasak memang kecil jer, setakat saya sorang yang masak memang cukup sangat ni hehe. Yup,saya masih guna meja sama yang dah berapa ratus kali kata nak tukar,ini kerana saya masih tak jumpa almari gas yang permukaannya besar macam meja yang sedia ada ni ptffff.....
 Ini antara sebab-sebab kenapa saya perlukan almari gas yang mempunyai permukaan yang besar dan panjang. Saya memang suka sangat letak pekakas memasak, minyak masak, garam dan segala tok nenek rempah kat meja dapur gas ni sebab sangat memudahkan kerja saya memasak. Oleh kerana saya tak jumpa lagi almari gas yang sesuai terpaksa bersabar dengan apa yang ada ni dulu T.T

Pemandangan dari tepi, koleksi Cupcake seramik warna biru. Rasanya takde perubahan kat rak tu, masih kekalkan kedudukan yang asal ( sebenarnya tuannya malas nak ubah alihkan, belum ada idea baru muahahaha )
 Sebelah ruang memasak tu, saya letakkan satu kabinet. Kabinet ni memang khas untuk aktiviti baking membaking saya huhu.
 Atas kabinet ni, saya letak peralatan biasa untuk aktiviti baking iaitu Oven dan Mixer. Saya hias beberapa ketul cupcake seramik kat ruang ni =)
Dalam Kabinet ni saya simpan peralatan dan bahan-bahan untuk baking. Cupcake and Cake Tray, Mixing bowl dan lain-lain. Semua kat satu tempat. Senang nak cari.
Just ordinary sink huhu. Saya memang pentingkan kebersihan dan kekemasan dapur. Seingat saya, saya tak pernah tinggalkan pinggan mangkuk yang kotor dalam sinki. Setiap kali memasak dan selepas makan, saya akan pastikan semua pinggan dan peralatan memasak dibasuh bersih dan dikeringkan sebelum dimasukkan kat tempat masing-masing. Tak lupa juga sisa makanan dalam bakul pink tu, saya akan buang siap-siap lepas basuh pinggan, takmo nanti berbau dan lalat atau semut hinggap kat situ. Lagi satu saya tak suka sinki saya penuh dengan pinggan mangkuk yang dah dibasuh tapi tak disimpan di tempatnya, boleh rimas mata memandang huhu. Nampak cam cerewet sangat kan  huhu bukan apa, dapur yang bersih dan kemas boleh buat mood kita sentiasa enjoy bila nak memasak. 
 Kat bahagian kiri dapur pulak, saya letak kabinet dapur. Ruang ni memang ngam-ngam untuk kabinet dapur, memang tak boleh nak selitkan menda lain dah. Meh kita tour apa yang saya simpan dalam ni.
 Kat atas ni, saya letak barang-barang penting seperti Periuk nasi, water heater, Cawan yang selalu digunakan dan tisu. Yup dah berjaya gantikan cawan corak bunga rose kepada corak cupcake yipppie!
 Gambar penuh, stress ngan wayar-wayar tu semua, rasa rimas sangat. Cupcake kat atas tu pun masih dikekalkan, semuanya berpasangan dengan piring cupcake warna yang sama huhu. 
 Ni pun masih sama, koleksi cupcake pun tak beranak pinak dah sebab kalau beli pun dah tak tahu nak letak kat mana?? Incik Shahrul kata stop beli cupcake seramik takde tempat nak letak dah T.Tsob..sob
 Rak atas sekali saya simpan segala mug yang jarang digunakan dan bekas kuih raya yang hanya akan dipakai pada hari raya je and opkos bekas kuih raya pun nak bentuk cupcake muahhahhaha
 Bahagian ni saya simpan mangkuk-mangkuk, set jug, gelas dan periuk yang jarang digunakan
 Bahagian ni pula adalah bahagian yang sering digunakan. Set pinggan mangkuk dan tray yang saya selalu pakai semua ada kat sini
 kat bahagian ni pula, saya simpan segala Tupperware dan tipuware 


 set mangkuk-mangkuk, ada diantaranya adalah hadiah yang saya dapat masa kawin dulu.
 Ruang ni, saya simpan jug, set teko dan cawan dan pembakar roti.
dan last sekali pintu belakang ( ni pun nak tunjuk ptffff... ) Yup, dapur saya memang sangat kecil tapi dapur ni jugak adalah antara bahagian yang saya paling suka dalam rumah. Kebanyakkan masa saya habiskan di sini memasak untuk incik Shahrul tersayang, sebab belum ada rezeki nak ada anak huhu. Sebab tu saya sangat pentingkan kekemasan dapur, sebab kat situ lah kita hasilkan makanan untuk keluarga. Kalau dapur kemas dan cantik, baru ada mood girang gumbira nak masak. Tapi kalau dapur tak bersih, hilang segala mood nak masak, boleh jadi stress pulak nanti huhu thanks for reading, till then xoxo 

26 comments:

  1. peminat cup cake yg tegar...kemas sungguh dapurnya

    ReplyDelete
  2. Kemas dan ada selera.. (Ada taste..hehehe)
    Saya kemas pinggan mangkuk tak pernah pun nampak kemas..
    Hua... Rasa nak balik kemas almari dapur skrag jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa ingatkan ayu ada mslh camni... nasib ler pinggan mangkuk beberapa ketul jer. Hehehe

      Delete
  3. kemas..tapi banyak sangat cupcake ceramic..kalau saya memang berterabur la semua tu..hihi..btw, kamu sangat teratur

    ReplyDelete
  4. saya.sangat.kagum..! dapur ain sgt bersih dan K.E.M.A.S..!! pandai ain susunatur, dapur comel pun jadi kebabom..dapur sy pun besar gini je, kecik tp dah syukurrr sgt :)

    ReplyDelete
  5. Rizziela, Cik Hani, Irjune, Wawa Yusuf, Mama lynnd: Tq semua =) err.. sy mmg saiko cc huhu just kidding. Sy suke kumpul cc sebab pd sy cc ni comel sgt n saya wt tema cc untuk dapur sy nmpk cam satu kelainan lah huhu
    Fizah: Tq dear, kannn.. wlaupun kecik tp buah hati dlm umah nih huhu

    ReplyDelete
  6. SUKE SANGAT TENGOK DAPUR AWAK.KALAU AWAK TGOK DAPUR SU LAGI LA SUPER DUPER KECIKKKKKKKKKKKKKKKKK

    ReplyDelete
  7. cantik dapur ain..rasa nak import ain decorate umah akak..nak tak nak tak..hehe

    ReplyDelete
  8. suweetttt... love it... cupcakes sana sinin tu...suka2!
    WE kalau gi mana2 je nampak cupcakes seriously tingat blogger mcm u ni..

    ReplyDelete
  9. nana aris: tq kak nana, boleh2
    edany: tq huhu

    ReplyDelete
  10. Kemas sgt dapur ain.. Teratur sume barang2.. Suka tgk.. Eiiii sukanya! Sgt bersih! Kalau sy ada je pinggan2 kat dlm dish rack tu hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq yuyuy, sy pun suka dgn dapur yuyuy... lelagi Baking Station tu, cantik sgt huhu.

      Delete
  11. Sue: Tq sue, dapo kecik xpe, jnji kita pndai organized, dapo kecik pun boleh jd selesa huhu
    Nas: Tq Nas

    ReplyDelete
  12. Cantik.Tahniah2..klu mcm gini, yg kecik pun nmpk luas.. ;)

    ReplyDelete
  13. kagum tgk sinki ain. muahaha.. kalo tgk sinki nolly..da lekuk sana sini.. nipis sgt..tak tahan.

    ReplyDelete
  14. Jelesssss nye...comel sgt2 dapur ain ni...in sha Allah dila pon tgh kumpul koleksi cc ni..mmg saikokan bila kita dh sukee...apapon dapur ain ni mmg cute sgt2..^^

    ReplyDelete
  15. Dapur yang comel dengan decoration yang comel-comel blaka..

    singah2 ler blog saya kot2 ada yang berkenan..

    http://organizetrend.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. singki clear everytime lepas makan??? hahah.. pengsannn.. saya selalu tinggal pinggan mangkuk breakfast utk dicuci bila malam.. sebab tak sempat nak cuci.. nnt lambat nak gi kerja..

    ReplyDelete
  17. Cantik betul dapur awak..kagum!

    ReplyDelete
  18. wahh.. sgt kagum dgn dapur awak.. terutama bab bwh sinki tu.. kemas betul...
    mana awak simpan periuk belanga ye??

    ReplyDelete
  19. Wow kemasnya dapur! Walaupun kecil tapi kemas dan boleh membakar. Duduk lama2 kat dapur pun takpe macam ni.

    ReplyDelete
  20. salam nak tanya cabinet n almari letak oven tu beli d mana ye...

    ReplyDelete
  21. Cik pandai mengemas and very organise.I like it a lots

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.