Monday 23 September 2013

without.................

Salam & hye,
Macam yang korang sedia maklum, saya baru je meraikan anniversary tahun pertama perkahwinan saya. Sekejap je masa berlalu. Diam tak diam, dah setahun saya menjadi seorang Isteri. Yup! My life was happy with my beloved husband. Hidup kami sederhana. Walaupun sederhana saya sangat bahagia, kami saling melengkapi satu sama lain. Dia sentiasa ada saat saya susah dan senang, begitu juga sebaliknya. Saya bersyukur mempunyai seorang suami yang penyayang dan memahami saya seadanya. Saya juga bersyukur dengan kehidupan yang Allah dah tetapkan untuk saya. Bagi saya sebuah keluarga yang lengkap adalah ada seorang Ayah, Emak dan anak-anak.
Saya tak tahulah kenapa nak up entri ni, mungkin nak luahkan sikit perasaan saya. Mungkin ada kalangan korang yang pernah lalui pengalaman macam saya dan faham apa yang saya cuba sampaikan ni. Anyway, Hidup saya sangat bahagia dengan Suami tercinta cuma... We don't have any child yet. Belum sampai rezeki untuk kami ada anak sendiri. Sekali lagi saya cakap, bagi yang pernah melalui pengalaman macam ni, mungkin akan faham perasaan saya. Saya happy tengok mana-mana kawan saya yang baru berkahwin and get pregnant. Mungkin itu rezeki mereka, tapi tipulah kalau saya kata saya tak terasa langsung. Saya tahu itu semua rezeki yang Allah bagi tapi saya pun manusia biasa. Seorang perempuan yang ada naluri untuk mengandung, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri. Tapi Allah lebih mengetahui dan saya sentiasa redha. Cuma kadang-kadang saya penat juga nak jawab 1001 pertanyaan-pertanyaan macam ni.
a: " Eh, lama tak jumpa. Kau dah ada isi ke?"
b: " Dah lama kawin ni takde apa-apa good news ke? "
c: " Bila nak pregnant? Tak cuba apa-apa cara ke untuk pregnant?"
Sometime saya akan jawab, belum ada rezeki lagi, saya akan minta dorang doakan untuk saya dan macam-macam jawapan lagi.  Kadang-kadang kalau dah penat sangat saya senyum je, takmo cakap apa-apa. Bagi orang yang tak melalui pengalaman macam ni, mereka takkan pernah faham and bagi orang yang keep asking the same thing. Saya nak bagitau, yang saya bukan tuhan nak tentukan bila saya nak ada anak dan sebagainya. Nak ada anak bukan macam nak beli baju kat Midvalley. Kalau senang macam tu, dah 14 saya ada, maaf kalau bahasa saya kasar. Just nak luahkan apa yang selama ni saya rasa je. Maybe ada yang akan memahami. Tapi syukur Alhamdulillah, Suami, keluarga saya, keluarga mertua saya dan kawan-kawan baik saya sentiasa memahami, sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat. Saya teringat satu masa, dalam bulan ke 7 perkahwinan kami. Period saya lewat lima hari masa tu, kami happy sangat. Masa tu memang terfikir akan ada good news. Kami semangat pergi pharmacy untuk beli pregnancy test, tapi masa saya nak test, time tu lah period saya datang. Memang rasa sedih sangat time tu, memang down sangat-sangat. Tapi mujurlah Suami saya ada time tu untuk tenangkan saya dan bagi kata-kata semangat kat saya. Lepas je dari hari tu, macam mana lewat pun period saya, saya tak sanggup nak letak apa-apa harapan, takut saya down bila apa yang saya inginkan tak tercapai. Saya tahu saya tak boleh putus asa, tapi saya pun manusia biasa. Tak lari dari perasaan macam tu. Anyway, sekarang saya still berusaha nak ada zuriat sendiri. Insyallah saya percaya apa yang Allah dah tentukan untuk saya adalah jalan yang terbaik untuk saya. Saya redha, tapi saya takkan putus asa, saya akan sentiasa berusaha dan berdoa, Insyallah. Korang yang baca entri saya ni doakanlah untuk saya ye =) Insyallah...  till then xoxo

14 comments:

  1. Ain, saya pun sama macam Ain. Tapi kes saya lain sket. Saya catat perjalanan TTC (trying to conceive) saya di blog saya lagi satu (warariesb2b.blogspot.com). Banyak juga blog TTC yang Ain boleh follow. Google je TTC blog. Banyak petua-petua yang diorang bagi dan usaha-usaha yang diorang lakukan.

    Memang sedihkan bila orang tanya bila nak pregnant. Tapi nak buat macamana, kita tak boleh tutup mulut orangkan.

    Marilah kita usaha sama-sama semoga dikurniakan zuriat.

    ReplyDelete
  2. Takpe jgn sedih sgt.. Anggap jer Allah kasi masa lebih untuk honeymoon dgn suami.. kakak sy pun pregnant setelah kawen empat tahun..dia pon alami keadaan mcm ni jugak dulu.. bila org asek bertanya jer... so kena sabar n doa byk2 jer..

    ReplyDelete
  3. Insyallah, saya anggap ni ujian bg sy and suami.

    ReplyDelete
  4. insyaAllah mesti ada rezeki untuk ain n shahrul..jangan sedih2 n keep on berdoa ye =)

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah ada rezeki..Allah lagi mengetahui...sabar ye..

    ReplyDelete
  6. tak per dik...awak baru jer kawin....
    macam lisa, bapak sedara da kawin almost 16yrs baru dapat anak...tu pun selepas dia amik adik lisa yg ke-5 tue sampai skrg....
    tak pun meh sini pegang erina, so far sapa pegang dia smua da lekat! (hahaha, kebetulan jer tue kot....)

    ReplyDelete
  7. Nana Aris: Insyallah tq kak huhu
    Anak Mama: Tq
    Lysa: Tq kak, bak meh pinjm Erina sehari hehe.. Insyallah, sy hrp sy x tnggu lme2 utk ade baby sndiri.. Amin

    ReplyDelete
  8. Sabar yer..sy amat memahami prasaan tu.. sy pn sama, hampir dh lbh 2 thn kawen tp msh bdua.. sedih tu mmgla sedih, especially time blik kg, time raya.. org duk sibuk btanya, ada plak yg rnck bcerita org tu pregnant, org ni branak. pdhal org2 yg dmksudkan tu kbanyakkannya kawen lewat dr sy..pedih hati nk nk mnahan prasaan, pujuk hati untuk sabar.. tp kita mnusia biasa, skuat mana pun kita, adakalanya sy rapuh juga, rebah bersama air mata.. lps tu sy fikir blik, xper la Tuhan blm bg rezeki anak pd sy, tp Dia dh bg rezeki seorg suami yg sgt baik dan FIL yg memahami dan terima sy seadanya..itulah kekuatan sy buat masa sekarang dan insyaallah pd masa akn dtg.

    ReplyDelete
  9. sabar ye..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..Insya-Allah ada rezeki tu cuma antara cepat atau lambat je. Nadt doakan awak dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  10. Insya Allah...suatu masa nanti, atas izinNya...adalah rezeki untuk menimang cahayamata sendiri ye.

    jadi berusaha jelah... tapi jangan sampai tensen ...
    mulot orang nieh memang susah nak tutup...

    ReplyDelete
  11. Sabar ye dear..Allah tau ape yang yang terbaik..Allah adalah sebaik-baik perancang.. =)

    ReplyDelete
  12. trima kasih semua sbb bg smgt kat sy. Insyallah,sy pcaye setiap apa yg berlaku adehikmahnya

    ReplyDelete
  13. don't worry, di luar sana rmi yg senasib.termasuk saya!!hehe.
    Tapi, kita kena selalu berfikiran positif dan bersangka baik dgn Allah.
    Kdg2 sy pun putus asa tpi cpt2 buang perasaan tu..ok? chill!!

    ReplyDelete
  14. Kalau org tanya soalan mcm tu.jwb je insyaALLAH.doakan ye.
    1.bykkan bangun mlm.solat taubat.tahajud n hajat.mohon ampun dgn ALLAH n semua org.
    2.klau period teratur setiap bln.x senggugut.spatutnya xde masalah.klau tganggu kena jumpa dr. Pakar sakit puan.
    3.mkn asid folic setiap hari sebiji.utk stabilkan hormon.mkn kurma n habbatus sauda juga
    4.sementara berdua ni.selalula g honeymoon.gunakan aplikasi period tracker utk kenalpasti waktu subur.masukkan je dlm kalendar tarikh2 period 4,5 bln sblm.n aplikasi tu yg akan kirakan waktu subur
    5.bincang hati ke hati dgn husband.ALLAH akan kabulkan doa kita sekiranya kita dan pasangan ikhlas n da bersedia nak anak.insyaALLAH.ikhlaskan hati.sucikan jiwa.insyaALLAH..
    6.jgn putus asa utk berdoa.berdoa lah.mintalah pd ALLAH.dia maha mendengar

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.