Wednesday 11 September 2013

#Throwback#mysweetmemories#

Salam & Hye,
Alhamdulillah, 15 September 2013 genaplah setahun usia perkahwinan saya dengan Suami tercinta. Sekejap je masa berlalu, diam tak diam sudah hampir 8 tahun saya mengenalinya sebelum kami mendirikan rumah tangga. Banyak kenangan pahit dan manis yang saya lalui sepanjang 8 tahun tu. Mungkin Allah dah tentukan Jodoh saya dengan Shahrul. Walau apa pun dugaan yang datang, kami tetap kuat dan sentiasa percaya antara satu sama lain. Alhamdulillah, saya sangat bahagia dengannya and I love him for the rest of my life. Memanglah kadang-kadang gaduh-gaduh manja tu memang tak dapat nak dielakkan, ibarat kata P.Ramlee " Sedangkan Lidah lagi tergigit, Inikan pula Suami Isteri " Cewah...Anyway Entri ni takde lah best sangat. Lebih kurang macam Entri orang yang tengah bosan dan tak tahu nak update ape kat blog dia hehe.. Saje je nak shared moment-moment terindah saya kat dalam blog ni. Saya pun baru lagi dalam dunia Blogger ni, blog ni pun saya buat lepas saya berkahwin, so tak ade lah cerita tentang persiapan pertunangan or perkahwinan kami. Tapi hari ni saya nak shared beberapa gambar kenangan saya. So let's throwback
 Masa couple dulu, saya selalu dapat bunga, Especially Pink Roses. Sekarang ni after kawin still dapat cuma takdelah kerap macam time couple2 dulu... Biasalah habit Lelaki.... huhu =) 
Beberapa gambar kenangan masa kami Couple, Kami couple sekitar tahun 2005. Masa tu takdelah terfikir nak kahwin dengan dia hehe saya pun muda sangat masa tu, baru 18 tahun. Tapi tahun demi tahun berlalu, kami still bersama. Masa tu tak tahu lah rasanya macam hidup saya tak lengkap tanpa dia dan dia pun sama. Mungkin itulah jodoh namanya. Family kami Alhamdulillah merestui hubungan kami. Then tahun 2011 baru kami ambik keputusan untuk bertunang.



 my twin tak sama Mak Ayah huhu yang ni one of my best friend Cindy. Ramai kawan-kawan kata muka kami seiras. Tapi Saya pun tak sure betul ke tak??? hehe

Kami bertunang dalam masa setahun setengah. Sepanjang masa tu memang bz prepared untuk majlis Perkahwinan kami. Dalam merancang majlis, kami turut rancang apa kami nak buat lepas berkahwin. Contoh macam tempat tinggal dengan beberapa kemudahan asas seperti Kereta dan pekakas penting untuk rumah dan sebagainya. Hal ni, kena rancang dengan teliti, supaya lepas majlis kita tahu apa yang kita perlu buat dan di mana hala tuju kita. Macam saya, lepas kahwin saya memang terus stay dengan Suami, so sebelum majlis kami dah cari rumah sewa siap-siap ( belum mampu nak ada rumah sendiri T.T sob..sob ) So lepas berkahwin taklah kelam kabut. Tanggal 15 September 2012 kami bernikah, tema yang saya pilih untuk hari pernikahan adalah warna kelabu. Tak tahu kenapa, saya nak pakai baju warna kelabu masa nikah huhu. Saya beli kain lace dan baju melayu kat Jackel. Masa tu tengah offer, dapat samping free untuk pengantin lelaki. So saya beli kain pasang dan suruh Mak mertua saya jahitkan. Bukan takmo beli yang dah siap, walaupun saya tahu yang dah siap tu lebih mudah sebab dah ada beading dan sebagainya, tapi memang saya dah niat dalam hati nak suruh Mak mertua saya yang jahitkan baju nikah kami berdua.




Kami nikah lepas Asar, Alhamdulillah sekali lafaz saya dah sah menjadi Isterinya. Insyallah harapannya biarlah sampai ke Jannah perkahwinan kami ni. Lepas je majlis nikah selesai. Saya terus balik rumah untuk sesi bergambar, yang ni ada tiga persalinan. Seumur hidup sekali je uolss, mestilah nak cuba hehe. Saya pilih baju Jawa, India dan Korea.


Masa ni memang penat sesangat, tapi satu kenangan yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Oh ya! malam tu jugak, kami ada majlis berinai. Saya pilih tema warna kuning untuk majlis berinai kami. Baju Songket Kurung Pahang.


Opss! lupa nak bagitau, tema majlis perkahwinan saya adalah Kelabu + Hijau turquoise. Saya memang sukakan warna-warna yang soft. Saya pilih warna ni berdasarkan baju sanding saya. Dress labuh, masa first time nampak dress ni saya dah suka sangat-sangat  dengan warna dia yang soft.




Alhamdulillah, masa ni memang ramai Keluarga, Saudara mara dan kawan-kawan saya datang memeriahkan majlis kami. Selesai je makan beradap hujan turun selebat-lebatnya huhu tapi Saya dan Shahrul kena bersiap-siap untuk ambik gambar outdoor.

Tak banyak sangat gambar outdoor ni, ada kat pendrive. Saya malas nk selongkar balik huhu. Ok last but not least, saya shared beberapa gambar kenangan majlis sambut menantu kat rumah Shahrul yang diadakan seminggu selepas majlis di rumah family saya



 Yup serba merah. Yang ni saya tak tahu menahu, semua mak mertua saya yang pilihkan. Tapi saya suka sangat pilihan dan baju ni. Memang cantik warnanya. Hmm.. seronoknya ingat moment macam ni, saya selalu cakap denagn Shahrul rasa macam nak putarkan masa dan bersanding sekali lagi hahaha Shahrul selalu gelak je bila saya cakap macam tu, dia kata " Itulah maksudnya perkahwinan sekali seumur hidup" So kalau sesiapa yang rancang nak berkahwin dalam masa terdekat. Nasihat saya, rancanglah dengan sebaiknya. Apa yang kita impikan tentang perkahwinan, realisasikanlah masa perkahwinan kita nanti sebab sekali je seumur hidup tak leh nak ulang semula huhu. Anyway, sampai sini dulu, sambung melalut next time hehe till then xoxo

4 comments:

  1. Happy Anniversary ain!
    semoga bahagia hingga ke syurga.. cantik sgt pic.. plg suke pic masa ain bertunang tu

    ReplyDelete
  2. Happy Anniversary Ain!
    Semoga happy2 hendaknyer...

    ReplyDelete
  3. happy anniversary..
    berkongsi ilmu
    jom singgah
    www.freevitamin.my

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.