Sunday 8 September 2013

Rise & Shine

Salam & hye,
Selamat berhujung minggu. Ape aktiviti korang minggu ni? Aktiviti saya minggu ni adalah berkhemah di Port Dickson! Saya pergi ke Port Dickson bersama Kakak-Kakak Ipar, my BFF dan opkos! Suami tercinta.Seronok rasanya dapat luangkan masa dengan Family dan Kawan-kawan. Sebenarnya kami memang dah biasa berkhemah tetapi selalunya kami berkhemah di dalam Hutan, tapi kali ni lain sikit. Ini kali pertama kami berkhemah di Pantai. Pengalaman yang agak menarik bagi saya. Kami bertolak petang Sabtu, sampai kat tapak Khemah dalam pukul 8 malam. Rasa segar sangat bila kena angin Laut. Kawasan tu agak menarik la, Airnya bersih dan kemudahan tandas awam serta kedai makan pun disediakan. Tapak Khemah dikira berdasarkan, Kalau kita bawa khemah sendiri, mereka akan charge RM6/person tapi kalau kita sewa khemah daripada Owner mereka akan charge RM25/khemah. Kami bawa khemah sendiri, so diorang charge RM6 la setiap sorang. Kitaorang sampai tapak Khemah pun dah malam, time tu masing-masing kelam kabut dirikan khemah sebab takut hujan pun iye jugak. Settle dirikan khemah, kami start masak makan malam. Masing-masing ambik bahagian memasak. Yang lelaki bakar Ayam buat BBQ, yang perempuan sediakan makanan lain. Sayangnya saya tak sempat nak ambil gambar malam tu, mungkin dah kelam kabut nak masak. Selesai masak-masak, kami makan ramai-ramai. Seronok sangat makan-makan tepi pantai. Kami masuk tidur dalam pukul 2 pagi.Masing-masing dah keletihan. Perbezaan Berkhemah di hutan dan Pantai adalah khemah kat tepi pantai memang agak mencabar panasnya. Saya tak dapat tidur dengan lena. Bila subuh, air laut dah mula pasang, dengar dari dalam khemah macam hujan lebat pulak bunyinya huhu. Bagi saya memang pengalaman yang menarik. Di sini saya shared beberapa gambar kenangan berkhemah kami.
Masa ni air laut tengah pasang, memang betul-betul dekat dengan khemah kami. Nasib baik khemah kami kat atas bukit, kalo tak dah hanyut kot huhu.

Ni gambar waktu pagi, Shahrul bangun tidur terus pergi memancing. Tapi ikan? nan hado.. langsung tak dapat hehe.

Yang ni tapak khemah kami, ada 4 khemah semuanya. Alhamdulillah kami dapat tapak yang agak privacy dekat bukit, so tak ada orang lalu lalang.



Menu Breakfast pagi tu Nasi lemak, Papadom, Cendawan tempura, Roti, Baked beans dan lain-lain.
 Settle breakfast kami mandi-mandi laut, sempat la naik Banana Boat. Bila naik kat darat tengok kulit dah kena Sun Burn huhu. Gambar tak sempat ambik sebab masing-masing da excited nak mandi laut. Kami lepak-lepak dulu kat sana,dalam pukul 3 baru kemas-kemas balik Kajang. Tapi time nak balik tu, angin laut memang kuatlah, agak sukar untuk kami lipat khemah. Settle kemas semua barang, dalam pukul 4.30 baru gerak balik. Well, satu pengalaman yang agak menarik bagi saya, next destination nak bercuti sempena 1st Anniversary saya 15hb September ni, sekejap je rasanya waktu berlalu. Sedar tak sedar dah dekat setahun usia perkahwinan kami. Sebenarnya saya tak tahu nak bercuti ke mana, Any suggestion?? Anyway Till then xoxo

5 comments:

  1. bestnye gi camping tepi laut.. =)

    ReplyDelete
  2. kalau untuk 3 hari 2 malam . harga tetap sama ke rm6/seorang ?

    ReplyDelete
  3. boleh bagitau tak kat mana tempat camping ni specific

    ReplyDelete
  4. Ada tak no fon boleh rujuk utk sewa khemah disitu..

    ReplyDelete
  5. Ada tak no fon boleh rujuk utk sewa khemah disitu..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.