Monday 26 August 2013

Wedding & Jalan2 cari MakaN

Salam & hye,
Selamat berhujung minggu. hujung minggu kami kali ni,kami balik ke Segamat sebab nak attend wedding kawan Sekolah. Wedding tu hari Sabtu, so malam Jumaat lepas balik dari kerja, kami terus balik kampung. Kami ke rumah dia pukul 2 petang, sebab nak tengok dia bersanding. Memang meriah sebab dapat jumpa kawan-kawan lama, macam-macam cerita lama keluar. Seronok sangat.
Gambar kenangan sekitar Majlis perkahwinan kawan Sekolah kami. Sweet sangat tema dia putih dan hijau. Memang suka sangat pelamin dia ni, saya cakap kat Shahrul kalau kita belum kawin, saya mesti pilih tema camni huhu. 
Hari Ahad, pagi-pagi lagi saya dah ajak Shahrul sarapan kat kampung Jawa, teringin sangat nak makan Soto. Ada sebuah kedai Makan yang jual Soto yang sangat yummylicious huhu. Kalau sesape orang Segamat mesti tau kedai Soto ni, memang terbaik huhu. Saya dah lama teringin nak makan Soto kat situ, dari raya ke lima lalu depan kedai tu, tapi takde rezeki kedai tu tutup. Semalam saja ajak Shahrul pergi situ Alhamdulillah semalam kedai tu buka,memang rezeki saya nampaknya.
Lepas makan Soto, Shahrul ajak teman dia ke pasaraya Billion sebab nak beli barang. Saya follow je sebab dah lama tak jalan-jalan kat sini. Jalan-jalan dalam Billion, tetiba ternampak benda nih.
Pan untuk goreng telur dan Pancake yang sangat comel, ada tiga shaped berlainan dan harganya memang sangat murah RM2.90 je setiap satu. Tengok menda comel cenggini kalau tak ambik memang rugi, lagipun murah je ( ayat nak sedapkan hati ) So ape lagi, rembat tiga muahahaha ( muka tamak haloba )
 Ada tiga Shaped, Love, Flower and Star Shaped. Comel kan nanti boleh goreng telur cecomel muahahaha..
 Yang ni instruction cara nak guna Pan nih.
Dah selamat dirasmikan pagi tadi, goreng telur untuk breakfast Shahrul hihi. Camne weekend korang? Mesti best kan? cecite-cecite huhu Anyway sampai sini dulu ye, till then xoxo

4 comments:

  1. Tetiba aje rasa mcm mahu mencari jugak satu. Boleh goreng telur bintang pulak. Kalau tidak asyik mata kerbau ajer!

    ReplyDelete
  2. comelnya pan grg telur tu..gerrammm nengok...;)

    ReplyDelete
  3. ain!! rindu ain jugak..datang la opis hari sabtu bebila..adam ade je ikut mummy kerja =)

    ReplyDelete
  4. Kat kedai jual barang bakeri di Prima Saujana pun ada benda in. Comey.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.