Thursday, 7 April 2016

Update New Bedroom Makeover

Assalam & Hye
Setelah sekian lama berhibernasi dari dunia decor. Bebaru ni mood itu kembali berputik haha So banyak tempat yang kami buat pembaharuan antaranya dapur, ruang tamu dan bilik tidur utama. Bukan apa dah bosan sangat dengan keadaan bilik tidur kami tu. Kali ni nak mood baru, nak suasana baru so haruslah kena buat sesuatu huhu. Anyway kami cat bilik kepada color cream2 kuning untuk ruang yang lebih luas. Sebelum ni cat putih je. So meh cuci mata dengan gambar kat bawah ni


Yang atas ni pemandangan waktu malam dengan lampu-lampu huhu gambar ni saya ambil lepas kami siap kemas dan hias bilik ni. Kami pilih perabot putih sebab saya suka sangat perabot warna putih. Bagi saya warna putih senang nak matching dengan apa-apa warna. Perabot tu saya beli di kedai Perabot area Prima Saujana.. Harga sangat berpatutan, bawah RM1K untuk Katil, Meja Solek dan Almari. Perkhidmatan penghantaran pun memuaskan walaupun terlewat satu hari dari tarikh yang dijanjikan, tapi takpelah manusia kan ada buat  kesilapan huhu. Side table dan lampu saya beli di Ikea je memandangkan set yang saya beli tu tak include side table. Kalau ada side table harga jadi lain, dan saya rasa tak worth it sebab dapat satu je side table dan harga agak mahal la. So kami decide beli di IKEA je. Satu meja tu berharga RM29.90, so beli dua letak kiri kanan katil.


Yang ni pemandangan siang. Nanti nak ke IKEA semula untuk cari Almari untuk simpan buku-buku kesayangan saya. Selama ni simpan dalam kotak je.

Nak letak sebelah alamari ni. Ruang ni ade kosong lagi since almari yang kami beli tu kecil je huhu. Berkenan dengan almari kat Ikea ni.
 Hopefully ade stock lagi huhu Anyway rasanya setakat ni dulu. Insyallah nanti nak share pasal console table, sedang mencari console table yang sesuai nak ganti console table yang lama. Till then xoxo

Monday, 4 April 2016

WiShLiSt





My wishlist, console table. Nak color putih jugak huhu  Hopefully dapat beli dalam masa terdekat, Insyallah.

Idea Decor Bilik Tidur







I always love nude color huhu. Perabot semua off white, cantiknya huhu...

Sunday, 27 March 2016

Update Cupcake Kitchen

Assalam & Hye



bebaru ni ade tambah satu gadget dalam buah hati saya dalam rumah a.k.a Cupcake Kitchen huhu Saya tambah coway sebab senang sikit, tak payah nak masak air panas dah dan tak perlu sejukkan air mineral dalam peti ais yang cenonet tu huhu dah jimat ruang sikit. Saya pindahkan almari putih tu kat tepi dinding dan almari dapur gas dekat dengan sinki. Buat masa ni agak praktikal. Next step insyallah nak tukar langsir. Yang tu saya update selepas langsir ditukar k, insyallah. Till then xoxo

Our Simple Living Room

Assalam & hye...
Lamanya tak update blog, rindu rasanyaaaa... Masih ade lagi ke orang nak baca  blog ni since dah lama gile tinggal bersawang. Anyway lately ni, hobi deco dah kembali berputik setelah lama berehat huhu. Kami make over ruang tamu, minimize perabot dan barang. Tambah lightning. Nak simple-simple je janji sedap mata memandang huhu.




Nanti kalau ade rezeki nak ganti console table tu nak warna putih huhu Insyallah. Till then xoxo

Wednesday, 24 February 2016

Teaser : Pantry

Assalam & Hye
Rasanya lama sangat tak update pasal organizing. Nak shared pasal Pantry. Ade Idea nak organizing semula pantry tu. Nanti next post saya shared my new pantry, soooonnnnnn....
till then xoxo

Tuesday, 23 February 2016

To Letgo

Assalam & Hye
Lama dah tak muncul dalam blog, Now I'll be back. Anyway sebenarnya nak letgo Kabinet serbaguna ni dengan harga yang sangat murah. 2 Kabinet ni saya nak letgo RM80 je, tapi pengangkutan tak disediakan la, sesape berminat boleh contact saya 0137512848 ( Area Kajang )