Tuesday, 9 December 2014

Serigala Besar Jaahatt....AwwwooOOOOOO!!!!!!

Assalamualaikum & hye
Nak update pasal Serigala Besar Jahat a.k.a Big Bad Wolf 2014. Alhamdulillah this year sempat nak tinjau-tinjau apa yang ada kat BBW errr actually dah mark besar-beasar kat kalender tarikh BBW ni, so haruslah kena pergi kannnssss.... ( aku kalau pasal mengabiskan duit memang laju T.T )
Pergi First day 5hb lepas balik kerja. Memula Incik Shahrul tak boleh pergi sebab ada kerja urgent tapi tetiba cancel so termakan hasutan bini ajak g BBW. So lepas Magrib bedesup merayap ke BBW. Ramai gak orang kat situ, first day opening kan,as usual memang ramai.
Hasil Tangkapan





Angkut novel je, murah uolls! haruslah tangkap yang berbaloi-baloi. Shopaholics tu mintak tolong my Friend, Nolly tolong belikan sebab Shahrul cakap dia busy giler tak dapat bawak pergi BBW tu yang cepat-cepat whatsapp Nolly and Alhamdulillah nasib baik dia sudi belikan sebab masa saya pergi dah habis stock ke saya yang tak jumpe???? errr... haruslah kan tak jumpe sebab besar kot T.T anyway thanks Nolly sudi belikan buku tu. Semalam baru sempat jumpa Nolly and ambik buku tu kat Cyberjaya... Mood suke sebab memang tengah collect pun buku ni. Oooo.... lupe nak mention Actually ade beli 2 novel melayu, tapi saya tak ingat tajuk. Buku tu saya belikan untuk mak saya sebab dia memang suka baca novel, no wonder anak-anak pun ulat buku errr.... okeh tu jer nak hupdate. So kalau korang free boleh pegi jenguk-jenguk ape yang serigala besar jahat tu jual, BBW tu bukak sampai 16hb Disember ni, so check it out! Till then Guys, xoxo

Sunday, 9 November 2014

Robok Dayang Senandung

Assalamualaikum & hye
Hello everyone! Good Morning, dah lame sangat tak update entry baru dalam ni, selalu jadi silence reader jer. Ada banyak benda nak cerita tapi sebab kekangan waktu tak sempat nak up entry hoho. Tapi harini excited nak cerita pasal organizing, rasanya dah lama sangat tak cerita pasal organizing. Weekend ni kami laki bini tak ke mana-mana, tunggu intaller Astro nak install Astro tapi sampai ke malam tak sampai-sampai grrrrr.... anyway oleh kerana kami kat rumah je seharian so kami decided untuk mengemas rumah dari pagi bawak ke malam ( macam lame no x ngemas umah errr... ) Kami busy giler last month, weekend je takde rumah, balik kampung lah, honeymoon lah, jalan-jalan lah. So semalam je ade mase nak all out kemas rumah. Alang-alang dah mengemas, saya ambik kesempatan tukar tempat letak dapur gas yang lama kepada yang baru.
From This

To this

ok, korang paham tak maksud tajuk kat atas tu, itulah yang saya maksudkan dayang senandung, perabot kat dapur saya tu semua color putih, tetibe lemari dapur tu je color hitam. Kami dah cari merata tempat tapi tak jumpa lemari dapur gas warna putih,kalau ada mesti match semua perabot tu hoho last-last kami beli je lemari comel ni. Harga pun murah giler, so boley lah daripada takde huhu.
Ruang yang cenonet tu memang ngam-ngam untuk letak bakul minyak masak, bekas garam, ajinomoto, chicken stock etc, bekas utensil dan op coz my cupcake hoho.

Yang ni ruang dalam lemari tu, saya susun cincai-cincai je dulu, nanti pergi Mr DIY ke Daiso ke cari organizer yang santek sikit. Mintak incik Abam tolong buat skru kat dalam tu supaya dapat gantung Kuali dayang senandung tu T.T  hopefully dapat cari organizer kat Mr Diy nanti. semak dah mata ni tengok T.T
any idea nak kasi lemari dayang senandung ni jadi warna putih tak? ( nak jugak color putih T.T ) Kalau ade, meh share kat comment. Till then xoxo

Monday, 13 October 2014

Let go to me plisss


Assalamualaikum & hye,
Nak mintak jasa baik korang semua. Kalau korang ke kawan-kawan korang ade koleksi buku-buku Sophie Kinsella macam kat dalam gambar tu and dah tak nak simpan atau baca lagi, let go la kat saya ye huhu. Saya tengah collect buku-buku ni pulak, so kalau ade tu harap boleh email kat saya eh ainshahrulazri@gmail.com huhu tq till then xoxo. 

Friday, 3 October 2014

Balik Kampung OOOOO balik Kampung

Assalamualaikum & hye
Rasa masih awal lagi, tapi aci tak kalau nak ucapkan
Kepada yang nak balik Kampung tu, hati-hati di jalan raya, ingatlah yang tersayang. Lagi 15 minit nak balik dah, banyak kerja menunggu kat rumah antaranya:


Till then xoxo

Sunday, 7 September 2014

Rainbow in my wardrobe






Assalamualaikum & hye,
Beautiful weekend everyone huhu dah hari isnin dah pun, mood keje masih kelaut hoho, mesti korang tertanya-tanya ape motif letak gambar camtu, biasalah hari isnin kan kena ada inspiration nak buat kerja hoho. Tak tahu sekarang kenapa obsess sangat shopping blouse, terutama jenis siffon sebab warna dia cantik, tak panas dan designed cute, tak cukup online pergi mall and beli. Shahrul geleng kepala jer, tapi dia ok je takdelah nak marah-marah walaupun dia suruh saya masuk rehab shopaholic errr..... Saya ada satu habit, kalau minat something saya akan shopping barang tu je, sampai satu tahap bila dah banyak saya akan stop and beli something else. Now obsess beli blouse pulak, tak tahu bila akan stop, saya suka tengok lemari yang berwarna warni hoho Nanti kalau ada masa saya buat closet tour, tu pun kalau korang nak tengok errr... (ade ke yang kesah nak tengok susun atur lemari saya????? kalau ada, komen ye) till then xoxo