Wednesday, 24 June 2015

Minion Movie Review

Assalam & hye,
Sape kat sini peminat karton? Sila angkat tangan haha dah tua-tua bangka pun suke karton aishhh... bukan ape, bukan kebudak-budakan ke ape cume saya suke tengok kartun sebab boleh gelak-gelak dan hilangkan tension huhu Semalam sempat merayap tengok Minion, bulan puasa pun sempat nak merayap, tak dapat tahan perasaan nak tengok Minion kuning-kuning comel tu T.T







see... comel gile minion ni, anyway movie ni best jugak, kelakar dan once again comel sangat =D cite ni tentang Kevin, Stuart & Bob yang mengembara nak cari tuan dia supaya dapat buat kerja-kerja jahat, so far tuan diorang ni semua tak kekal lama sebab diorang ni clumsy sampai terbunuh tuan sendiri huhu so bila takde tuan, semua minion ni jadi murung. Kevin dapat idea nak travel cari tuan yang betul-betul jahat. Then dia mintak tolong minion lain teman dia, so Bob dan Stuart pun ikut dia travel. Masa travel banyak sangat dugaan sampai dia jumpa satu family perompak yang bawak diorang ke markas penjahat kat Orlando, kat situ diorang kenal Scarlet Overkill dan nak jadikan Scarlet tuan mereka. Scarlet ambik diorang jadi partner and bawak diorang balik ke London, then dia bagi tugas curi mahkota Ratu England. Masa minion nak curi mahkota tu banyak la benda kelakar diorang buat... well kalo nak tau lebih lanjut, korang pergilah tengok kat mana-mana Gsc or mana-mana wayang terdekat. Untuk peminat Minion, cerita ni memang best huhu till then xoxo

Thursday, 18 June 2015

Ramadhan 2015

Asslamualaikum & Hye
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan merasai bulan Ramadhan untuk tahun ini, syukur. Tahun ni 1Ramadhan jatuh pada hari Khamis, oleh kerana Selangor tak ambil cuti sempena 1 Ramadhan so kena bekerja seperti biasa T.T  seperti tahun lepas, tahun ni Bos saya bagi balik sejam lebih awal, so kami semua dibenarkan balik pukul 5 petang sepanjang Ramadhan, Syukur boleh balik awal dan masak untuk berbuka. Menu berbuka semalam, simple je saya buat Mee Sup, tapi gambar lupe nak snap huhu.Menu sahur hari ke dua pun simple jugak, taugeh goreng dan Ayam kicap. Oh lupe nak mention, Sahur hari pertama puasa saya terlewat bangun ade setengah jam je lagi nak abis waktu sahur, so ape lagi sempat goreng telur jelah huhu. Alhamdulillah hari ke dua puasa belum jejak lagi bazar Ramadhan, azam tahun ni nak masak sepanjang bulan Ramadhan, harap dipermudahkan amin.....

Wednesday, 20 May 2015

Post Saiko 2015

Assalamualaikum & hye,
Diam tak diam, dah nak habis dah bulan Mei tinggal seminggu lebih je. Lepas tu dah nak masuk bulan Ramadhan, sekejap je masa berlalu kan... rasanya baru je raya. eh, dah nak raya lagi huhu Well dah nak masuk bulan puasa ni kan, maknanye hari raya pun semakin hampir.. errr aci tak kalau nak cite pasal persiapan raya? huhu. Anyway tahun ni sama je kot seperti tahun-tahun yang sudah, masih berdua. Hopefully tahun depan ada rezeki untuk beraya bertiga pulak dengan anak-anak huhu Amin.... Moga Allah perkenankan doa kami, Insyallah... 
Anyway this year dah decide dah, nak tema baju raya warna Mint Green ( currently favourite color now hoho ). Saya dah beli dua helai dress Poplook warna Mint green ( gile tamak kan sampai dua, errrr.... lalalala ) tapi Incik Husband punya baju raya belum beli lagi errrr... nampak tak mementingkan diri sendiri kat situ huhu Bukan tak nak beli, tapi tak sempat nak pergi beli kain tu T.T Haritu balik Segamat ade pergi Nagoya tapi dalam bebanyak kain kat situ, alahai susahnya nak cari kain yang matching dengan baju yang saya dah beli T.T sendu betul. So sampai sekarang tak beli lagi, aishhhh nasib baiklah dapat Mak Mertua Tailor so kalau lelambat beli kain pun, ade orang nak tolong jahitkan kalo tak memang beli ready made jelah,lelambat lagi sape suruh huhu.Emmm... yang lain-lain tu tak beli lagi, dah ade list panjang tapi belum beli pape lagi kecuali baju raya saya dan handbag hoho. Handbag tu sebab main kutu Handbag dengan sepupu, bayar RM35 je sebulan, sekarang tengah tunggu turn, maybe dapat awal bulan depan, insyallah. So da settle dua pekara, yang lain-lain tu maybe sebelum raya baru beli, until then xoxo

Thursday, 14 May 2015

Furious 7

Assalamualaikum & hye
Lamenye tak update blog, da besawang lelabah dalam nih huhu; bebaru ni eh takdelah baru sangat dah basi kot baru nak update T.T anyway bebaru nih berkesempatan dapat tengok Furious 7, memang nak sesangat tengok Vin Diesel, iols memang suke Vin Diesel berlakon hokey, nak tengok Furious7 semata nak tengok Mr Dominic Toretto je lalalala... Anyway filem kali ni memang terbaik dan sangat best sebab banyak sangat action and adalah part yang sedih kat ending dia, masa Toretto dan Brian nak berpisah T.T iols nanges kejap


Paul Walker dalam kenangan....
Pada korang yang belum tengok lagi, sila lah tengok kalo kat GSC ke TGV ke kalau diorang masih tayangkan lagi la Filem ni, apa yang boleh saya cakap memang tak rugi duit korang beli tiket Doploh inggit tu tengok filem ni, anyway Till then xoxo

Monday, 16 March 2015

Once You buy them, You couldn't Resist Yourself Anymore T.T

Assalam & hye
Yup, Once You buy them, you couldn't resist yourself  T.T itulah yang jadi kat saya sejak terjebak membeli dress kat ThePoplook. Seriously sejak beli satu terus jatuh cinta hoho. Tapi koleksi saya takdelah banyak sangat, beli sesikit. So recently I just Bought these

Ariana & Penny. Penny tu bila sampai cantik pulak warna dia, mood happy menggila. Lepas ni setahun takyah beli baju lagi errrr... sebelum ade GST kan wewewewewe..... T.T till then xoxo

Wednesday, 11 March 2015

Recently Got and totally Happy ^ _ ^

Assalam & hye
Lately ni, memang suka sangat dress poplook. Saya ada sebut dalam entri sebelum ni. So memandangkan incik gaji dah keluar so mari menghabiskannya dengan membeli dress T.T
yang ni gambar pinjam dari google, lupe nak amek gambo dress tu T.T
 Brown kesukaanku.... =)
 Since tak pernah ada dress munge-munge so I bought one hihi nampak pale kan tapi bile sampai cantik warna dia, memang tak rugi beli, masa memula nak beli rasa alamak cam tak cantik je, tapi still beli jugak, bila dapat cantik sangat warna dia, so sangat puas hati =)



ok sekian untuk bulan ni, next month nak beli Jezel pulak winkwinkwink...... aish.... sebenarnya ada target untuk beli something before raya, nanti dah dapat saya shared, till then xoxo