Tuesday 21 January 2014

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang


Salam & hye,
Ceh! tajuk tak boleh blah hihi. Well lamenyeeee x update blog. Rindu rasanya huhu. Buat masa ni agak bz sikit sebab saya dah mula bekerja. Setakat ni Alhamdulillah memang ok sangat. Staff pun tak ramai kat sini dan environment kat sini pun sangat cozy dan sebelum ni saya memang pernah kerja kat area sini so tahulah selok belok tempat ni, kat mana nak lunch, nak beli barang-barang dapur kalau dah habis memang dekatlah, jalan kaki pun takde masalah. Cuma bezanya dulu tak banyak kedai kat sini, sebab tempat ni baru lagi tapi sekarang dah macam-macam ada. You name it! 99speedmart,Dobi,Cake house,Hardware,Klinik,Hotel,Kedai Bundle,Courier,Kedai Jual Ikan, kedai makan pulak ada Kedai Nasi Arab, Mamak, Gulai Kawah,Laman Grill,Cibiuk, Korea pun ade huhu so pilih je mana yang suka and yang paling best saya perlu bekerja 5 hari seminggu je so weekend boleh rehat puas-puas huhu. Dah kembali bekerja so jadual harian pun dah kembali kepada yang asal.
6.30 am : Bangun Sembahyang Subuh pastu kalau ade masa & x buat breakfast sempat tido balik kih..kih
7.30 am : Bangun dan Bersiap pergi kerja
9.00 am - 6.00 pm : Kat tempat kerja
6.30 pm : Bersilat kat dapur ( masak makan malam )
7.30 pm : Makan malam, bersihkan diri & Solat Maghrib
9.00 pm : Solat Isyak
9.20 pm : Quality time ( Rest/Baca Buku/Online )
Walaupun dah mula kerja, rumah still kena kemas jugak, kalau tak semak mata memandang nanti huhu
Sebenarnya seronok jadi housewife masa tak kerja dulu. Tapi memikirkan sekarang ni semua barang dah naik harga, kos sara hidup memang tinggi sangat so saya kena bekerja untuk tolong incik Husband tercinta tu huhu. Tapi ok jugak, at least dapat pegang duit sendiri, dapatlah shopping sesuka ati macam dolu-dolu hihi, dapatlah collect barangan cupcake lagi huhu next entri saya nak kongsi sikit pasal makeover dapur saya ( yg ni kerja Incik Shahrul ) memang dah ade dlm drafts tinggal nak letak gambar jer, so tungguuu (macamlah ade orang kesah sangat pasal dapo tu) ok till then xoxo

3 comments:

  1. Betul..even dah kerja pun xsuka tengok rumah semak2. balik umah penat2 bila tengok umah kemas baru tenang kan. eh..makeover lagi erk dapur comel awak tu? suka dapur awk. comel!

    ReplyDelete
  2. wah..selamat bekerja. bestnya dapat kerja yang 5 hari seminggu. Saya 6 hari seminggu. tak puas nak rest..

    Umah harapkan ahad je la nak mop-mop bagai

    ReplyDelete
  3. Imah: Tq Imah, haah, sy wt makeover sikit, nanti saya update entry tu saya xde masa lg nak ambil gambar dapur sy tu
    Cik Hani: Tq :) sy pun sme mop lantai weekend je, hari kje sy kms2 umah sikit2 & msk je.. huhu

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.