Tuesday, 8 April 2014

Rezeki Itu Rahsia Allah S.W.T

Salam & Hye,
Alhamdulillah, diam tak diam harini dah masuk 3 bulan saya bekerja kat Company ni. Sekejap je masa berlalu, dah sampai masa untuk jadi permanent worker. Pagi tadi jumpa Boss, dia dah confirmkan jawatan saya kat sini dan gaji dinaikkan sedikit. Syukur Alhamdulillah, setakat ni kerja kat sini ok, selesa dan yang penting selamat.Officemate pun baik, sekepala huhu. Kata orang, di saat satu pintu tertutup, pintu yang lain terbuka luas untuk kita, so janganlah kita asyik merenung pintu yang tertutup tu, life must go on, so moved! Walaupun saya belum diberikan rezeki anak-anak, Allah berikan saya rezeki yang lain pulak. Alhamdulillah, walaupun tak banyak tapi rezeki yang diterima tak pernah terputus. Saya percaya setiap yang berlaku sentiasa ada hikmahnya. Mungkin Allah nak bagi saya dating dan huneymoon lama-lama dengan husband, sentiasa positif, Insyallah takkan stress huhu. Tapi kami takkan putus asa, sentiasa berdoa hopefully Allah akan bagi kami rezeki anak-anak pulak satu hari nanti,Insyallah amin.. till then xoxo

2 comments:

  1. Alhamdullilah...yg penting kita kena rajin berusaha utk dptkan sesuatu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah..rezeki ada di mana2..minta aje dgn Allah..Insya Allah dia akan bg yg terbaik utk kita...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.