Wednesday 31 July 2013

Just Around The Corner

Salam & Hye,
Diam tak diam, dah masuk minggu ke tiga kita berpuasa. Bermakna Bulan Ramadhan kian berakhir. Sayu je hati, sekejap je masa berlalu. Minggu depan Syawal bakal menjelma. Syawal kali ni mungkin berbeza dengan Syawal yang lepas, dulu berhari raya dengan keluarga tersayang. Tapi start tahun ni berhari raya dengan Suami tercinta pula, perasaan tu lain sikit. Mungkin saya akan menangis di pagi raya sebab tak nampak muka Mak dan Ayah di pagi Syawal pasal beraya umah mak mentua hihi ( macam lah rumah mak ayah tu jauh bebeno, padahal sekakang kera jer =p ) Anyway nak cerita tentang persiapan raya pertama kami sebagai Suami Isteri, Baju Raya untuk Suami saya dah sediakan awal-awal, baju kurung untuk saya pun dah ada. Tahun pertama ni, tema kami adalah warna Grey. Setakat ni baru shopping Seluar Jeans untuk Shahrul dan Handbag untuk saya je, yang lain-lain akan diselesaikan selewat-lewatnya hujung minggu ni (sebab Shahrul bz makeup kereta, so saya tak dapat nk shopping uhhukss.. ) Untuk rumah, saya takde buat apa-apa lagi, nanti mungkin akan cari bunga je letak kat pasu, bagi ceria sikit. Duit raya pun dah siap tukar, yang ni minta pertolongan officemate tukarkan. Kuih raya pun saya order dengan kawan-kawan Office, ada kuih Batang Buruk, Mama Carey dan 2 jenis biskut coklat yang saya lupa apa namanya huhu. Insyallah sebelum Jumaat akan dapat semua kuih raya yang ditempah. Saya sempat buat satu jenis kuih raya je, itu pun saya cari kuih raya paling senang nak buat iaitu Cornflake Coklat sebab malas punya pasal hihi
Ha... sebut tentang kuih raya, sebenarnya saya dah beli bekas kuih raya awal-awal lagi. Rasanya 2 bulan sebelum Ramadhan saya dah beli. Excited punya pasal dan ini bekas kuih raya pertama saya hehe
Saya kan saiko cupcake, bekas kuih raya pun haruslah bentuk cupcake jugak =) Saya beli 6 biji bekas kuih raya ni, Saya beli dengan kawan kat Fb ada warna Pink,Purple,Hijau dan Kuning. Set ni memang ada 4 color je, disebabkan saya nak 6pcs, terpaksa ambik 2 warna pink dan 2 warna purple untuk cukupkan koleksi. Bekas ni tak besar sangat, just nice je pada saya. Nanti nak matchingkan dengan Tray Cupcake pemberian dari Suami tercinta ni
Tak sabar nak letak biskut raya yang saya dah beli tu, mood happy huhu. Tak sabar nak shopping hujung minggu ni, shopping last minute. Harap-harap dapatlah semua barang dalam list huhu. Till then xoxo

Tuesday 23 July 2013

Dia OK, Dia Dah Besar!!

Salam & hye,
Hari ni dah masuk minggu ke dua kita berpuasa. Maknanya lagi 2 minggu hari raya akan menjelma. Sepanjang bulan Puasa ni, saya berbuka puasa dengan En. Husband je. Tapi last week family saya datang rumah, dapatlah saya berbuka puasa dengan mereka pulak. Meriah sungguh masa berbuka puasa, selalunya kami makan berdua memang terasa sepi lah hehe. Anyway mereka datang untuk majlis graduation adik saya kat PICC.Kami gerak pukul 6.45 sebab adik saya kena daftar sebelum pukul 8 pagi. Keadaan memang sesak dengan orang ramai. Kami dapat masuk dewan pukul 9 pagi selepas bersesak-sesak dengan orang yang nak masuk dewan. Majlis selesai pukul 3 petang. Kami dah lenguh-lenguh badan sebab 6 jam duduk je dalam dewan sampai majlis selesai. Spoiled betul diorang ni buat majlis dalam bulan Puasa macam ni. Memang hari yang letih bagi saya, tapi dalam masa yang sama rasa Happy tengok adik saya dah habis study, Alhamdulillah. Kat sini saya shared beberapa gambar adik tersayang saya nih.







Alhamdulillah,really proud of her. Sekarang dah habis study, dah boleh cari kerja huhu. Good luck and Welcome to new world little sister!! hehe. Anyway setakat ni dulu cerita saya, till then xoxo

Thursday 18 July 2013

fully utilize kitchen Cabinet

Salam & hye,
Hari ni saya nak shared sikit idea menggunakan ruang kabinet dapur. Saya suka ruang kabinet dapur yang digunakan sepenuhnya,so takdelah pembaziran ruang dan pekakas yang tak tahu mana nak simpan. Saya selongkar beberapa gambar kat google untuk saya jadikan inspirasi.






Kebanyakannya menggunakan rak atau penyangkut. Cara ni memang berkesan untuk menjimatkan ruang dan memastikan semua pekakas boleh disimpan mengikut kategori. Rak macam tu boleh cari kat Ikea atau Daiso. Saya beli kat Daiso je, sebab murah dan pelbagai warna.
Saya pilih warna putih, walaupun ada warna pink masa tu. Bagi saya warna putih senang nak matching dengan apa-apa keadaan. Saya beli satu rak je, mula-mula nak letak dalam kabinet mug dan gelas. Dah elok dah susunan dalam tu, tapi sebab gatal nak tambah koleksi mug, ruang tu jadi sempit.  So saya terpaksa keluarkan rak tu kemudiannya. Sekarang ni rak tersebut saya letak kat atas kabinet dapur untuk display cupcake! (walaupun ruang ni crowded, tapi terpaksa grrr... ). Anyway Buat masa ni, semua kabinet dapur saya telah digunakan sepenuhnya. Boleh tengok kat Entri Nie Insyallah kalau ada idea organizing lagi saya akan tulis dalam Entri seterusnya. Till then xoxo 

BlackBoaRd iN tHe kiTchEn

Salam & Hye,
Hari ni nak shared tentang idea letak Blackboard atau papan hitam kat dapur. Selalu korang tengok Blackboard kat dalam kelas masa sekolah dulu kan, now kalau nak letak kat dapo pun takde hal hehe. Kalau takde blackboard dan nak gantikan dengan white board pun takde masalah. Cuma blackboard bagi saya nampak cantik sikit. Kat sini saya shared gambar yang menarik untuk kita jadikan panduan:




Idea ni saya praktikkan kat dapur saya kerana.......emmm  * tidak melebihi 100 patah perkataan*
1. Boleh tulis menu atau resipi yang kita nak cuba, kalau tulis atas kertas takut kita terlupa kat mana kita simpan kertas tu
2. Boleh tulis senarai barang dapur.
3. Boleh jugak dijadikan Memo =)
Anyway, kat sini saya shared gambar blackboard saya
Emmm.. saya rasa blackboard saya ni ceria sangat hehe Saya beli blackboard ni masa awal-awal kawin dulu. Harganya dalam RM11 kalau tak silap saya, saya beli kat kedai alat tulis di Bangi. Anyway Saya memang tertarik dengan idea blackboard dalam dapur ni, tapi sebelum ni saya letakkan di rak cupcake sebab nak background tema hijau kat rak tu, since saya dah ubah deko atas rak tu, maka blackboard ni saya alihkan. Saya gantung dekat dinding antara dapur dan bilik Pantry. Setiap bulan saya akan tulis grocery list kat atas sticky note dan tampal je kat blackboard ni ( Aik?? tadi kata kalau tulis atas kertas takut lupa simpan kat mana??? ) huhu sabar, ni nak bagitau sebabnya. Idea lekat sticky note camni lebih berkesan saya rasa, kalau tulis kat blackboard senarai barang dapur,nanti masa nak beli barang dapur saya terpaksa salin semula kat kertas. Ini kerana saya tak suka buat kerja dua kali  So penyelesaiannya saya lekat je sticky note, bila hujung bulan dan dah sampai masa untuk shopping barang dapur, saya tarik je sticky note ni memang sangat mudah! dan kalau ada apa-apa aktiviti yang tak memerlukan saya salin semula apa yang saya tulis atas kertas contohnya tarikh-tarikh jemputan kawin, perkara-perkara yang perlu saya buat, kerja rumah yang perlu diselesaikan dan sebagainya baru saya tulis dengan kapur.
Sekarang kan bulan puasa, so kat bawah tu saya lekatkan senarai waktu berbuka, Imsak dan Waktu Sembahyang Fardu. Lekat camtu senang sikit nak rujuk. Anyway, ini je yang saya nak shared, kalau korang rasa idea ni ok dan boleh jadikan panduan untuk korang, sila lah cuba. Ok lah sampai sini dulu, saya nak prepared bahan-bahan memasak untuk buka puasa nanti hehe till then xoxo =)

Tuesday 16 July 2013

Idea RawaK

Salam & hye,
Bulan-bulan puasa nih, nak shared gambar organizing kat Pinterest yang menarik perhatian saya. Mana tau boleh dijadikan rujukan.Meh kita cuci mata dengan gambar-gambar ni
Organizing Plate, kalau suka idea ni boleh cari kat Ikea pembahagi tu
Spice yang tersusun kemas =)
Kalau ada banyak koleksi mangkuk, boleh try idea nih hehe
yang ni untuk aktiviti baking

ni salah satu idea yang sangat menarik
organizing utensil
yang ni pun boleh cari kat Ikea
 emmm... gabungan warna oren dan biru =)
 suka sangat mangkuk-mangkuk tu, super cute

 idea ni saya dah praktikan kat dapur saya, korang sila lah cuba =)

 yang ni pun saya suka =)
 kalau ada kumpul koleksi buku resipi, bolehlah kumpulkan dalam bakul camni, senang nak letak kat mana-mana

 putih =)
gunakan bakul dan drawer untuk simpan bawang

Emmm... gambar-gambar ni memang menarik perhatian saya untuk kekal organized,kalau korang suka gambar-gambar ni, boleh la try kt dapur huhu anyway till then xoxo

Monday 15 July 2013

NaK BeLi SpageTTi JaR

Salam & hye,
Dalam Pantry Room saya memang ada banyak sangat mason jar pelbagai saiz, kecil, besar dan pelbagai bentuk. Tapi... satu je yang takde iaitu bekas untuk simpan Spagetti huhu Selama ni kalau beli spagetti, saya akan masak separuh je kalau nak makan berdua. Selebihnya saya ikat je dengan getah sebab saya takde bekas yang cukup panjang untuk simpan Spagetti ni T.T sob..sob Hari tu masa ke Ikea saya ada jumpa bekas Spagetti tapi saya tak minat pulak, so saya tak beli pun.
Saya nak cari bekas kaca spagetti macam gambar-gambar kat bawah ni



Emmm... ade sesape tau mana nak cari bekas Spagetti macam ni? Kalau tak keberatan boleh tak bagitau or tolong belikan untuk saya hehe. Anyway till then xoxo