Macam semua orang sedia maklum kawasan KL dan sewaktu dengannya sekarang dah mula bercatu air, temasuklah kawasan Kajang. Setakat ni dah 2kali rumah saya takde air. Selang dua hari, dua hari ada, dan dua hari lagi takde, time ada air tu, air dia bukan main cantik lagi warnanya. Coklat kopi O kate ko! tapi ape pun syukur sangat nasib baik kat rumah ada tangki air, so masa takde air masih boleh gunakan air dalam tangki tu.Sekarang kena jimat-jimat air. Basuh baju pun seminggu dua kali je, tunggu bakul penuh sendat baru basuh. Jimat ke malas tu hihi. Mak saya call suruh tadah dan simpan air, so ape lagi geledah cari semua bekas untuk tadah air, selagi ada bekas yang dirasakan sesuai,semua saya isi dengan air, bederet dah baldi kat dlm bilik air huhu tu belum cite kat opis lagi, kat opis pagi tadi takde air, so memasing tahan je nak buang air ke ape, tapi kan korang perasan tak time takde air lah, perut ni memulas lah, nak terkucil lah haihhh.. geleng kepala, kat bawah ni saya selitkan jadual catuan air Negeri Selangor, pepandai lah korang cari kat mane zon korang hihi
hopefully tak berlarutanlah hal ni,till then xoxo
ktanya sehingga hujung April kan
ReplyDelete