Rasanya lama sangat nak ubah susun atur untuk bekas rempah ratus. Dah puas google beberapa idea tapi setakat ni tak jumpa lagi yang berkenan di hati. Banyak je gambar yang cantik, tapi tak sesuai pulak dengan Pantry kat rumah tu. Kuciwa. T.T so untuk puaskan hati, dapat satu idea nak gantikan bekas kaca untuk simpan serbuk kari, kunyit, garam etc. Bekas lama saya macam ni:
Berkenan sebab bentuknya cantik. Ingat nanti nak ke Ikea nak ganti bekas lama tu tapi semalam lepas habis kerja jalan-jalan dekat Mr DiY jumpa bekas yang hampir sama tapi size kecil sikit compare dengan bekas kaca ni dan harga lagi murah berbaloi-baloi. So rembat 4 ketul size besar dan 2 ketul size kecil huhu.
Balik rumah tak sabar-sabar terus tukar bekas. Sukeeeee sebab dapat bekas baru dan jimat ruang.
Gambar keseluruhan, belakang tu ada dua bekas kaca saya simpan sup bunjut dan bekas size kecil tu simpan jintan putih dan lebihan serbuk kari yang tak muat
Tengah fikirkan idea nak kemaskan english herb nih pulak. Rasanya ruang ni tak kemas sangat emmm....
Bertambah barang sebab beli kuih raya dan dapat hamper biskut huhu. Cukup stok biskut untuk 3 bulan lalalala.
kemas dan comey betul susunan dia..
ReplyDeleteMacam nak main masak-masak..
Kami punya letak dalam bekas biskut tudung merah.
belum start susunatur balang rempah lagi...
Mmg kemas je. Buat masa ni nanie nak buat label utk rempah ratus. Nak kasi seragam sikit. Hihi
ReplyDeleteAssalamualaikum puan. Saya nk tnya, hat yg bekas rempah bentuk 4 segi pebutup hitam tu puan beli kt mana?...berkenan la pulok...heee..
ReplyDeleteAssalamualaikum puan. Saya nk tnya, hat yg bekas rempah bentuk 4 segi pebutup hitam tu puan beli kt mana?...berkenan la pulok...heee..
ReplyDeleteWslm,yg tu di Tesco. Ada di ruang spices
ReplyDelete