Asslamualaikum & Hye
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan merasai bulan Ramadhan untuk tahun ini, syukur. Tahun ni 1Ramadhan jatuh pada hari Khamis, oleh kerana Selangor tak ambil cuti sempena 1 Ramadhan so kena bekerja seperti biasa T.T seperti tahun lepas, tahun ni Bos saya bagi balik sejam lebih awal, so kami semua dibenarkan balik pukul 5 petang sepanjang Ramadhan, Syukur boleh balik awal dan masak untuk berbuka. Menu berbuka semalam, simple je saya buat Mee Sup, tapi gambar lupe nak snap huhu.Menu sahur hari ke dua pun simple jugak, taugeh goreng dan Ayam kicap. Oh lupe nak mention, Sahur hari pertama puasa saya terlewat bangun ade setengah jam je lagi nak abis waktu sahur, so ape lagi sempat goreng telur jelah huhu. Alhamdulillah hari ke dua puasa belum jejak lagi bazar Ramadhan, azam tahun ni nak masak sepanjang bulan Ramadhan, harap dipermudahkan amin.....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.