Assalam dan Hye,
Semalam sempena cuti umum Nuzul Al-Quran, kami laki bini ambik kesempatan keluar shopping beli kasut raya hihi.Masa on the way tu, Shahrul ade offer nak pergi IOI Mall kat Puchong tapi saya malas nak pergi jauh-jauh, so kami ke Alamanda jer, Dalam pukul 10.30 am baru gerak dari rumah, memang niat nak cari kasut pun, so sampai Alamanda selagi ada kedai kasut kami terjah, last-last berkenan kasut kat Vincci so beli je lah.
Saya beli wedges je, Shahrul suruh beli high heels, tapi saya taknak sebab nanti pakai sekali sekala je membazir, baik beli wedges, nanti lepas raya boleh recycle guna pergi Office huhu. So kasut raya saya dah settle, tinggal kasut Shahrul je. Malam tu lepas berbuka, kami ke Mines sebab Shahrul nak cari Sandal, cari punya cari berkenan Sandal kat satu kedai kasut dalam Mines tu, harga pun ok, so sambar je. Saya pulak berkenan satu kasut Flat tapi tak beli pun, nantilah tunggu gaji, serang Mines semula hoho. Rasa lega sikit, kasut raya semua dah settle, tinggal sikit je lagi barang-barang dalam list tu, sebelum balik raya nanti terus settlekan huhu till then xoxo.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.