Monday, 30 June 2014
Sakit Pulak Hati Kite Nie !!!!
Geram pulak hati ni, saya ada beli barang online kat FB. Dah bayar habis dah, Selalunya ok je,takde masalah tapi semalam bila barang sampai eh! berlainan daripada yang saya nak beli tu, saya nak warna HITAM tapi yang sampai warna BIRU. So hangin setaman la saya, saya bagitahu pada penjual tu, dia kata nanti dia check. Sampai ke malam kot saya tunggu takde apa-apa feed back. Last-last dalam pukul 11pm dia wassup bagitahu barang tu dah tertukar dengan orang lain dan orang tu tak nak pulangkan,pasal dia suka dengan barang yang saya order tu, so saya kena return balik dan dia bagi duit postage. Tu takpe lagi, dia kata nak restock barang yang saya nak tu atau tukarkan dengan makeup bag, sebelum ni saya memang ada tanya dia pasal makeup bag,saya berkenan dengan makeup bag tu, nak booking dulu nanti gaji saya ambik, Dah alang-alang barang takde penjual tu nak bagi saya makeup bag tapi saya kena tambah RM18 sebab barang yang saya beli sebelum ini RM65 + Postage RM7 so total RM72 kena tambah RM18 sebab makeup bag tu RM90. Yang buat saya marah, bila saya tanya bila dia nak restock barang yang mula-mula saya order tu dan kalau dah takde sangat boleh je nak beli makeup bag tu just tambah duit sikit, penjual tu idok reply la pulak. Takkan saya nak sms banyak-banyak kali, kang kata saya tak paham bahasa pulak. Aihhh... sabo jelah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.