Alhamdulillah, dah hari Jumaat, penghulu segala hari, means esok cuti yeehaaa! Banyak kerja yang menimbun nak kena siapkan esok sebelum berangkat ke Serting malam esok. Nak attend wedding cousin Incik Hubby. Okeh, sebelum ape-ape, tepek sekeping gambar dulu.
Selfie kejap masa on the way nak tengok Movie hikhik... Haaa.... movie lagi????? Yup! maybe minggu ni minggu tengok movie kot, sebab semua movie best-best keluar minggu ni hoho, Anyway last night berjimba-jimba laki bini ngan adik beradik pegi tengok movie Maleficent. Semangat okey, hari pertama movie keluar dah pegi tengok. Movie paling awal last night pukul 8 tapi dah penuh okeh! Yang tinggal seat depan je, tapi depan sangat kot. Sakit mata, hati dan tengkok den kalo tengok. So nak tak nak terpaksalah kami tunggu sampai pukul 10.15pm baru boleh tengok movie tu. Sambil-sambil tunggu tu, makan-makan kat food court, shopping kejap dan sempat kot karaoke walaupun kejap :p
Pukul 10.15pm baru terhegeh-hegeh beratur nak tengok movie. Pukul 10.15pm memang penuh seat. Nasib dah beli awal, dapat tempat best pulak tu, paling atas baghuu puas hati wuwuwuw
Pada saya, memang tak rugi beli tiket sebab movie nih tersangat best, ape tah lagi lakonan Angelina Jolie tu memang terbaik, movie ni unexpected, ingatkan Maleficent ni jahat tapi rupa-rupanya....... jeng...jeng..... takmo spoil mood korang-korang yang nak tengok movie ni, kalau nak tau silalah terjah GSC ye, ape yang penting memang tak rugi duit korang beli tiket, saya pun rasa cam nak tengok lagi movie nih hoho. Tadi saya ada cakap sambil tunggu movie start sempat shopping sikit kan? haah sempat shopping barang-barang hygiene dan T-shirt baru a.k.a t-shirt raya untuk Shahrul.
Body shower tu dah try pagi tadi, bau berries dan I love it! Dove tak cuba lagi pasal pagi-pagi time nak pergi keje memang tak basah rambut, so kita try malam nanti dan ohhhh.... tak lupa jugak, sempat beli hand cream dari body shop, kebetulan tengah buat offer. 50% uollss! so grab 1
bau dia best, soft tapi yang tak best packaging dia. tengok la tu dah kusut masai, kalau bukak penutup tu bukan sikit losyen tu kuar tapi banyak! so cepat-cepat tutup balik dan keadaan dia terus kusut masai camtu T.T Anyway, ape pun dah rasa lega, dah beli 2 helai t-shirt raya untuk Shahrul so tinggal lagi 2, dalam list memang dah tulis nak beli 4 helai t-shirt untuk dia maybe next month pergi Sogo pulak, cari T-shirt yang selebihnya. Anyway selamat berhujung minggu, till then xoxo
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.