Thursday, 13 February 2014

TTC & BBT

Salam & Hye
Diam tak diam dah masuk bulan Febuari dah. Hari ni dah setahun 4 bulan saya berkahwin. Setakat hari ni, masih belum ada rezeki nak dapat zuriat sendiri. Tapi saya redha, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah yang tersembunyi. Saya selalu percaya kalau kita bersabar, walau pahit macam mana pun, pasti ada kemanisannya dikemudian hari, Insyallah. Alhamdulillah saya mempunyai Suami,Keluarga dan Kawan-kawan yang banyak beri galakan dan semangat untuk saya. Tak macam kebanyakkan orang yang terus-terusan menghukum. Bila kita takde anak, mesti tanya tak ada lagi ke? Kalau kita cakap belum ada rezeki, ada jugak yang terus kata entah-entah memang takde. Walaupun kata-kata orang tu menghiris hati, tapi saya tak boleh nak kata apa, takkan nak marah atau maki orang tu,kan so just sabar jelah dan banyak berdoa semoga orang tu lebih sensitif, nak cakap apa-apa fikir dulu sebab kata-kata kita ni macam pedang, tersalah cakap boleh guriskan hati orang lain, Wallahualamm.
 Anyway... saya taknak cerita pasal tu sebenarnya. Entry kali ni saya nak cerita pasal group TTC yang saya join kat Facebook. TTC ni maksudnya Trying To Conceive. Group ini adalah group untuk orang berusaha nak memiliki zuriat. Sepanjang saya join group ni, banyak info yang saya belajar dan kawan-kawan dalam group ni memang sangat membantu, setiap pertanyaan saya mereka akan jawab dan berikan info untuk saya buat rujukan. Buat masa ni, saya tengah amalkan minum Jus Delima, ramai jugak kawan-kawan yang suggest minum jus delima. Banyak khasiatnya, korang boleh google untuk tahu khasiatnya. Tak lupa juga jaga pemakanan dan pantang makan contoh macam fast food, Ais, Air tebu, Air Kelapa, makanan yang sejuk, tajam dan lain-lain. Oh ya, saya pun nak start buat BBT mulai esok, BBT tu maknanya Body Basal Temperature. Untuk check suhu badan, so setiap pagi lepas bangun tidur kita masukkan termometer dalam mulut dan tunggu termometer tu baca suhu badan kita pastu kita catatkan dalam Womanlog atau Fertility Friend.Tapi yang ni kena gigih, kena check suhu setiap hari baru boleh tahu waktu subur kita. Kalau mula-mula kita letak temometer sebelah kanan lidah, so hari seterusnya pun kena letak kat bahagian kanan lidah, tak leh tukar-tukar sebab takut tak sama nanti bacaan suhu tu.  Womanlog atau Fertility Friend akan catat graff untuk kita. Suhu badan akan meningkat waktu subur, akan drop waktu kita period dan akan terus-terusan meningkat atau maintaine kalau kita pregnant. Setakat ni, tu je yang saya faham. Kat sini saya selitkan info pasal BBT ni,
BBT ni sebenarnya cara utk kita dptkan suhu badan bagi mendapat hari subur.
yela.. kita selalu perasan hari subur kita pada tarikh sekian, sekian.
rupanya tarikh lain.
dan kadang2 kita fokus bersama hubby 1-2 minggu selepas period. tpi rupanya salah timing. tu yg susah lekat. (apapun sebenarnya belum sampai rezeki)
melalui BBT ni kita jadikan sebagai 1 usaha dan jadikan sebagai rutin/hobi.
kalau kita bergantung sgt dgn BBT kita leh jadi stress.. (say no to stress ye).

sumber: http://fromkuchingwithlove.blogspot.com/search/label/Try%20To%20Conceive

Langkah Memulakan BBT:

Alatan diperlukan : 
Termometer digital (jika boleh dapatkan yg ada 2 decimal). Temometer ini boleh dibeli di farmasi. Harga termometer dari RM10 hingga RM50. Jika tidak masa nak ke farmasi, boleh beli secara online dari blog http://hamilcomel.blogspot.com/2011/12/thermometer-2-decimal-sesuai-untuk-bbt.html#. [harga RM36 untuk semenanjung malaysia / RM45 untuk sabah sarawak *free post*] --- ini bukan tujuan promosi. niat saya nak membantu rakan2 yg tercari2. jika ada web lain atau pihak lain yg jual termometer ni mohon supaya berikan link dalam ruangan komen. :)

Langkah memulakan BBT :
  1. Daftar sebagai ahli di laman web http://www.fertilityfriend.com/ (di group ini dipanggil FF. Jika ada hp android, boleh muat turun dan mudah nak key in data suhu setiap hari.
  2. Make sure tidur yg cukup sekurangnya 3 jam directly tanpa berjaga (termasuk ke tandas, minum air, tukar pampes anak, susukan anak). Jika berjaga atau tidur tak cukup, ia mungkin akan menganggu suhu. Apapun, teruskan ambil suhu dan tandakan dlm FF yg anda tidak cukup tidur atau sebagainya.
  3. Ambil suhu pada jam yang sama. Contohnya jika pertama kali ambil suhu pukul 6 pagi. Pada hari yg seterusnya teruskan ambil suhu pada pukul 6 pagi setiap hari.
  4. Cara mengambil suhu ada 2 cara iaitu melalui mulut atau vagina. Saya nasihatkan lebih mudah mengambil catatan suhu melalui mulut. Lokasi di bawah lidah dan ambil suhu di tempat yang sama setiap hari. 
  5. Suhu yang di ambil dicatat atau ingat. Ia perlu dimasukkan ke dalam web FF yg anda dah daftar seperti langkah 1.
  6. Data FF perlu dimasukkan dengan betul. CD 1 adalah tarikh hari pertama anda period pada cycle tersebut. 
  7. Teruskan ambil suhu dengan sabar dan jangan skip merekodkan data suhu di dalam FF untuk memudahkan sistem membaca suhu anda.
  8. FF akan secara automatik detect tarikh ovulasi (O) dan selepas dari O akan disebut sebagai Day pass ovulation (DPO). 
  9. Panjang DPO adalah berbeza setiap orang. Jumlah DPO yang normal ialah DPO10 (10hari) ke atas. Sekiranya kurang dari 10, maknanya anda menghadapi masalah rahim lemah. *sangat jarang berlaku*.
  10. Kebiasaan DPO mencecah 18 hari dan tempoh pengiraan DPO dipanggil 2 wait week (2ww). Dalam tempoh DPO, anda dinasihatkan jaga pemakanan (dilarang minum air kelapa, ubatan, herba/jamu) dan kurangkan aktiviti lasak (mendaki gunung, berbasikal, mengurut dan sebagainya).

Nota:
  1. UPT boleh detect seawal DPO7. Tetapi ada jugak yg hanya boleh detect selepas DPO10. Setiap org mempunyai badan yang unik dan tidak sama. 
  2. UPT faint line perlu repeat sehingga kepekatan warna double line menjadi sama atau line T lebih terang dari line C.
  3. Faint line - sekiranya berjumpa doc ada kemungkinan doc akan kata tidak hamil. Jadi adalah lebih baik buat UPT menggunakan Clear Blue Digital (CBD) atau terus buat blood test utk mengesahkan kehamilan di peringkat awal.
  4. Kehamilan 4-5 minggu boleh di scan menggunakan ultrasound TVS (scan dari vagina). Tidak semua klinik ada alat ultrasound ini. Sekiranya anda berada di sekitar Gombak/Batu Caves/ Selayang, saya cadangkan boleh buat di Gombak Medical Centre di Sri Gombak. Di sini pun boleh buat blood test dan charge harga dia adalah berpatutan. 
  5. Heartbeat baby boleh dilihat seawal 6 minggu. bagaimanapun, doc akan bagi tempoh sehingga 8 minggu utk melihat heartbeat baby.
  6. Sekiranya anda dapati anda hamil dan kemudiannya period (dlm tempoh 4-5 minggu kehamilan) ia disebut Chemical Pregnancy (CP). Utk CP anda tidak perlu berpantang teruk. cukuplah jaga makan, berurut dan berehat. Anda boleh ttc semula selepas period kering. 

*segala yang saya tulis ini bukanlah nasihat dari pakar. Ia hanyalah pengalaman dan pengetahuan saya melalui pembacaan dan perbualan bersama doktor atau rakan-rakan lain. Semoga ilmu yg disampaikan boleh dimanfaatkan bersama*

So kepada sesiapa yang belum ada rezeki nak dapat zuriat sendiri cubalah add group TTC Malaysia kat Facebook, banyak info yang korang akan dapat dan Insyallah bermanfaat. So selamat berTTC dan berBBT untuk saya jugak hihi. Till then xoxo

7 comments:

  1. Hai ain.....

    1. Saya pun berttc juga. Dan saya cerita semua pengalaman saya dalam blog lagi satu (http://warariesb2b.blogspot.com)

    2. Saya pun join group kat fb. Group ttcgm guna nick 'tun teja'.

    3. Baru bulanni saya intensive ber BBT. maksud saya, amek pada waktu yang.kalau sebelumnya, tak tetap amek kul berapa. Bila terjaga baru amek. Tapi kalini, kunci jam. Bunyik jam, amek bacaan BBT, catat dalam log, pastu tidor balik

    ReplyDelete
  2. hi zarith
    Saya join TTC Malaysia je, tapi takdejumpa nama Tun Teja? ke TTC lain?
    Sy bru buat pagi tadi, harap sy akan terus gigih bc suhu setiap hari, ni pun da mula pantang makan ape2, takpelah at least saya usaha, dari tunggu n x wat pape

    ReplyDelete
  3. owh.. jarang komen-komen. suka baca je. Yang saya join ni private group. kena email moderator untuk invite. group yang ain join ni open ke?

    ReplyDelete
  4. zarith: Group ni private, pmpuan je blh join

    ReplyDelete
  5. boleh rujuk ke blog sy sbg panduan..mungkin boleh membantu..insyaallah...jgn pernah putus asa yer dear..

    ReplyDelete
  6. salam ain. good and helping entry. Memang membantu. Lebih kurang sama la kite. dah 1 tahun 1 bulan lebih kawen, still menunggu rezeki anak.. mudah2an rezeki nye sampai cepat..;)

    ni link blog sya.

    http://journeytobecomeibu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. xpe, ade hikmahnye. Sabar & usaha insyallah, Allah bagi kita jalan :)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.