Assalam & hye
Dah lama sangat tak share pasal susun atur. Sebenarnya nak cerita cara saya susun periuk belanga. Orang kata kalau takde build in kitchen cabinets tak boleh nk susun cantik-cantik. Pendapat tu salah ya sama sekali. Bagi saya takde build in kitchen cabinets pun takpe, masih boleh susun cantik-cantik dan kemas. Sebenarnya kitalah yang kena creative sikit dalam menyusun atur. Kalau periuk belanga bersepah, mata kita jugak yang sakitkan huhu. Cara saya susun simple je, masih mencari cara susun yang lebih kemas, meh kita tinjau sikit cara saya susun periuk belanga.
yang ni Sebenarnya baru lagi saya susun, dulu saya susun segala periuk belanga dalam almari dapur gas dayang senandung hihi. Nama tu semperna dia sorang je malap dari perabot lain dalam dapur ni. Ruang almari dapur gas tu tak luas pun, tapi saya ada tok nenek periuk, kuali dan kuali pan yang nak kena susun bagi muat dalam tu. So memerlukan kreativiti haha. Tapi Alhamdulillah saya berjaya memadatkan lemari dapur gas tu sepadat yang boleh. Oleh kerana ada rezeki lebih sikit, ada projek baru untuk dapur ni. Saya beli sesuatu yang dah lama jadi idaman hati. Insyallah nanti saya shared. Tak sabar rasanya. Oleh kerana lemari dapur gas tu saya tamatkan perkhidmatannya, saya kena cari alternative lain untuk simpan segala tok nenek kuali periuk sudip semua tu. Disebabkan ruang yang sangat terhad, maka terpaksa lah saya korbankan bakery cabinets saya T. T... Tapi takpe demimu idaman hati, aku turutka... ceh drama lebey haha Anyway oleh kerana last minute plan jadi kita sumbat je dulu. Nanti kita fikir macam mana nak lagi kemas susun atur ni. Until next time xoxo