Sunday, 9 November 2014

Robok Dayang Senandung

Assalamualaikum & hye
Hello everyone! Good Morning, dah lame sangat tak update entry baru dalam ni, selalu jadi silence reader jer. Ada banyak benda nak cerita tapi sebab kekangan waktu tak sempat nak up entry hoho. Tapi harini excited nak cerita pasal organizing, rasanya dah lama sangat tak cerita pasal organizing. Weekend ni kami laki bini tak ke mana-mana, tunggu intaller Astro nak install Astro tapi sampai ke malam tak sampai-sampai grrrrr.... anyway oleh kerana kami kat rumah je seharian so kami decided untuk mengemas rumah dari pagi bawak ke malam ( macam lame no x ngemas umah errr... ) Kami busy giler last month, weekend je takde rumah, balik kampung lah, honeymoon lah, jalan-jalan lah. So semalam je ade mase nak all out kemas rumah. Alang-alang dah mengemas, saya ambik kesempatan tukar tempat letak dapur gas yang lama kepada yang baru.
From This

To this

ok, korang paham tak maksud tajuk kat atas tu, itulah yang saya maksudkan dayang senandung, perabot kat dapur saya tu semua color putih, tetibe lemari dapur tu je color hitam. Kami dah cari merata tempat tapi tak jumpa lemari dapur gas warna putih,kalau ada mesti match semua perabot tu hoho last-last kami beli je lemari comel ni. Harga pun murah giler, so boley lah daripada takde huhu.
Ruang yang cenonet tu memang ngam-ngam untuk letak bakul minyak masak, bekas garam, ajinomoto, chicken stock etc, bekas utensil dan op coz my cupcake hoho.

Yang ni ruang dalam lemari tu, saya susun cincai-cincai je dulu, nanti pergi Mr DIY ke Daiso ke cari organizer yang santek sikit. Mintak incik Abam tolong buat skru kat dalam tu supaya dapat gantung Kuali dayang senandung tu T.T  hopefully dapat cari organizer kat Mr Diy nanti. semak dah mata ni tengok T.T
any idea nak kasi lemari dayang senandung ni jadi warna putih tak? ( nak jugak color putih T.T ) Kalau ade, meh share kat comment. Till then xoxo