Wednesday, 28 August 2013

Kitchen Cabinets vs Habuk & Rainbow in my Kc

Salam & hye,
Sebenarnya saya nak cerita tentang dua perkara, Jadi saya muatkan dalam satu Entri. Arini saya ada masa free, so saje merajinkan diri yang tak berapa nak rajin ni mengelap kc kat dapo tu. Memula turunkan sume barang yang ada atas kc yang tengah2, pasal saya banyak lakukan aktiviti atas tu contoh tanak nasi lah, jerang air lah, sampai buat air Milo ke Nescafe ke saya akan buat kat atas tu jugak ( dapo kecik katenyerr, so ruang sangat terhad T.Tsob..sob ) So setiap kali saya gunakan permukaan kc yang ciput ni, setiap kali tu jugak saya akan lap. Saya ni jenis takkan tenteram kalo biar dapur saya bersepah heee.. =p
Saya turunkan semua peralatan kat atas kc
Pastu aktiviti mengelap permukaan kc akan dijalankan, saya guna kain basah jer. Nasib bek permukaan kc ni daripada Mozek. Kalau ada kekotoran, just lap guna kain basah je, sume kekotoran akan tanggal. Sangat mudah & menjimatkan masa
Dah confirm bersih baru saya letakkan semula peralatan ni kat tempat asal. Anyway saya dah tukarkan mug munge2 kepada mug cupcake! ( Hip..Hiiip.. Hoorey!! sambil lompat bintang ) Pastu dah alang-alang kemas permukaan Kc ni saya kemas sekali bahagian dalam kc. Keluarkan semua pinggan, mangkuk dan tray dalam tu, pastu saya akan lap bahagian dalam tu. Saya memang suka sangat kc saya ni, buat masa ni ruangnya memang mencukupi untuk simpan semua pinggan mangkuk saya cuma ada sedikit kekurangan, saya perasan bahagian dalam ni mesti ada habuk atau kulat, terutamanya kalau musim hujan.

Sebab tu setiap minggu saya akan bersihkan bahagian dalam kc tu. Kadang-kadang fed up gak, tapi nak wat cam mane dah beli pun, takkan nak beli yang lain. Dah tau dah mesti Shahrul akan reject kalo saya usulkan nak beli kc baru lalalala. 
Dah siap lap, saya akan susun semula pinggan mangkuk ni kat tempat asal. Oh ye, saya dah tambah ahli baru dalam kc ni, ingat tak saya ada cakap, yang saya nak beli set pinggan kanak-kanak jenama Kalass kat Ikea? Sebenarnya dah lama saya beli pinggan ni kat Ikea masa family saya datang ke sini dulu, tapi baru hari ni saya keluarkan dan simpan dalam kc.Sebelum ni saya simpan pinggan tu kat dalam pantry, saya pun dah lupa yang saya ada pinggan ni, semalam kemas-kemas Pantry baru perasan pinggan tu ada kat dalam pantry rupanya. So pagi tadi saya keluarkan dan simpan dalam kc pulak. Dah letak pinggan ni baru saya perasan yang kc saya sangat ceria sebab pinggan tu colorful macam Rainbow huhu. Anyway Saya beli pinggan ni pasal  banyak kegunaannya dan saya tak rasa membazir beli kerana.... (tidak melebihi 20 patah perkataan.) Emm.. oh ya! sebab saya suka sangat dengan warnanya dan saja buat investment. Kalau nak pergi picnic, saya boleh bawak pinggan-pinggan macam ni sebab ringan, tahan lasak berbanding pinggan kaca dan kalau anak kawan-kawan saya atau anak sedara saya datang ke rumah, bolehlah saya keluarkan pinggan ni untuk mereka. Emmm... nanti kalau ke Ikea lagi,  saya nak beli mangkuk Kalass pulak lah hehe. Anyway cukup kot saya membebel untuk hari ni, till then xoxo

Monday, 26 August 2013

Wedding & Jalan2 cari MakaN

Salam & hye,
Selamat berhujung minggu. hujung minggu kami kali ni,kami balik ke Segamat sebab nak attend wedding kawan Sekolah. Wedding tu hari Sabtu, so malam Jumaat lepas balik dari kerja, kami terus balik kampung. Kami ke rumah dia pukul 2 petang, sebab nak tengok dia bersanding. Memang meriah sebab dapat jumpa kawan-kawan lama, macam-macam cerita lama keluar. Seronok sangat.
Gambar kenangan sekitar Majlis perkahwinan kawan Sekolah kami. Sweet sangat tema dia putih dan hijau. Memang suka sangat pelamin dia ni, saya cakap kat Shahrul kalau kita belum kawin, saya mesti pilih tema camni huhu. 
Hari Ahad, pagi-pagi lagi saya dah ajak Shahrul sarapan kat kampung Jawa, teringin sangat nak makan Soto. Ada sebuah kedai Makan yang jual Soto yang sangat yummylicious huhu. Kalau sesape orang Segamat mesti tau kedai Soto ni, memang terbaik huhu. Saya dah lama teringin nak makan Soto kat situ, dari raya ke lima lalu depan kedai tu, tapi takde rezeki kedai tu tutup. Semalam saja ajak Shahrul pergi situ Alhamdulillah semalam kedai tu buka,memang rezeki saya nampaknya.
Lepas makan Soto, Shahrul ajak teman dia ke pasaraya Billion sebab nak beli barang. Saya follow je sebab dah lama tak jalan-jalan kat sini. Jalan-jalan dalam Billion, tetiba ternampak benda nih.
Pan untuk goreng telur dan Pancake yang sangat comel, ada tiga shaped berlainan dan harganya memang sangat murah RM2.90 je setiap satu. Tengok menda comel cenggini kalau tak ambik memang rugi, lagipun murah je ( ayat nak sedapkan hati ) So ape lagi, rembat tiga muahahaha ( muka tamak haloba )
 Ada tiga Shaped, Love, Flower and Star Shaped. Comel kan nanti boleh goreng telur cecomel muahahaha..
 Yang ni instruction cara nak guna Pan nih.
Dah selamat dirasmikan pagi tadi, goreng telur untuk breakfast Shahrul hihi. Camne weekend korang? Mesti best kan? cecite-cecite huhu Anyway sampai sini dulu ye, till then xoxo

Tuesday, 20 August 2013

Tissue Holder

Salam & hye,
Masih dalam mood raya sebenanya, nak kerja pun tak syok hehe. Korang lak macam mana, dah start kerja ke atau masih bercuti lagi? Anyway Selamat bekerja kepada yang dah naik kerja ye. Hmmm... lamanya tak update blog, tak ada cerita nak update sebenarnya. Tapi saya takmo biar blog ni bersawang so saya update sikit pasal my little cupcake kitchen! Tak penting pun sebenarnya, tapi saya tetap! nak update ( sila abaikan entri nih kalo takmo bosan huhu) Anyway hari ni mood happy sebab Homemade Tissue Holder yang saya tempah dengan kawan FB dah selamat sampai. ( ha.. kan saya dah cakap tak penting pun isu nih sebenarnya tapi ngengade nak update gak hehe ) Saya order lepas saya balik dari cuti raya, sekejap je dia buat dalam 3 hari dah siap dan hasilnya memang memuaskan hati. Sebelum ni saya memang takde guna pun tissue holder pasal tak penting pun saya rasa. Biasanya kalau nak guna tisu untuk tapis minyak tu lepas guna terus simpan dalam lemari. Tapi lama-lama buat macam tu saya rasa fed-up pulak, asyik nak keluarkan tisu tu masa nak goreng Ayam, Ikan atau benda-benda yang bergoreng dan kena simpan balik lepas guna pasal takde tempat nak letak kat dapur. Bila dah fed-up sangat, saya decided nak beli Tissue Holder. Just online Facebook dan mintak kawan FB saya tolong buatkan. Sebelum ni saya memang pernah order Wall Framed dengan dia dan saya memang suka dengan hasil kerjanya. Bukannya takmo beli yang dah sedia ada,kat mana-mana supermarket pun berlambak jual Tissue Holder ni tapi homemade ni lagi cantik pada saya dan yang paling best saya boleh request warna dan shaped yang saya suka. Ni saya shared gambar Tissue Holder yang saya tempah tu
Ye! Mesti korang geleng kepala tengok gambar ni kan? Tissue Holder pun nak ade Cupcake bagai. Dah kata saya ni saiko cupcake, Tissue Holder pun haruslah Cupcake jugak hehe. Anyway saya suka sangat Tissue Holder ni, saya designed shaped yang saya nak dan mintak kawan FB saya buatkan. Hasilnya memang Awesome! Cupcake atas tu boleh cabut kalau kita nak letak tisu dan boleh pasang semula lepas letak tisu (double suka!)




Dah selamat mendarat kat atas Kitchen Cabinet nih,walaupun nampak macam crowded sikit tempat ni. Tapi masih boleh diterima lagi. Takpe nanti saya fikirkan tempat lain untuk letak Tissue Holder ni. Anyway sampai sini je entri hari ni, till then xoxo

Wednesday, 14 August 2013

Salam Aidilfitri

Salam & hye,
Rasanya masih tak terlewat kalau saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Macam mana Raya korang? Best tak? Mestilah best kan dapat bersama keluarga tercinta. Rasanya Lama dah tak hapdet blog, maklumlah bz beraya dan dapat cuti raya lama katenye huhu Anyway saya start cuti 5hb Ogos sampai 16hb Ogos ( dapat raya sepuas hati =) Balik ke Kajang 13hb ( balik dengan berat hati, pasal dah cuti lama dan malas nak sambung keje huhu =( Insyallah Esok dah start keje baru kat KPJ Kajang, hopefully semuanya ok, amin. Saya takmo cerita pasal tu, nanti mood larik. Saya hapdet blog ni pasal nak cerita tentang Hari Raya. Kami balik ke Segamat pada malam 6hb Ogos. Dua hari sebelum raya. Konvoi dengan Kakak dan Abang Ipar. Raya kali ni, saya beraya kat rumah keluarga mertua. Maklumlah raya pertama kan, so kena raya belah Suami dulu. Walaupun raya kat sana, saya still balik jengah family saya juga tengok apa yang boleh saya tolong. Rumah pun dekat je kan, tak sampai 5 minit dah sampai nak jalan kaki pun takde hal huhu. Aktiviti malam raya kat rumah Family Mertua sama macam kat rumah Family saya, bergotong royong masak juadah Hari Raya. Cuma bezanya Raya tahun ni tolong Mak Mertua dan Kakak Ipar masak. Kami masak macam-macam menu, ada Rendang Ayam, Kari Daging, Ayam masak Merah, Ketupat, Sayur Lodeh dan Sambal Kacang. Syukur Alhamdulillah, hari raya berjalan lancar dan dapat merasai Raya pertama sebagai Isteri. Perasaannya memang lain, berbanding masa saya bujang dulu. Kat sini saya shared beberapa gambar hari Raya kami
Ye, tahun ni tema kami warna Kelabu. Walaupun warna tak sama pasal salah beli kain  T.T sob..sob tapi raya saya tetap meriah di samping Suami tercinta  =)
 Baju Purple tu anak buah kami.
 Muka Budak Nerd sibuk nak beraya 

 Dari Kiri: Adik Ipar, Mak Mertua Tersayang, Kakak Ipar & Saya =)


 Yang ni Adik Beradik Shahrul, 3 Lelaki dan 2 Perempuan

 Mengerjakan budak nakal huhu


Saya gambar dengan Family mertua jer, Family saya, tak sempat nak ambil sebab masa raya pertama Mak, Ayah dan Adik saya sibuk layan tetamu. Saya pulak balik rumah Mak sebelah malam, tu pun duduk sekejap then siap-siap beraya ke rumah saudara kat Sagil.  Hari raya ke dua lepas Sembahyang Jumaat, kami bersiap-siap ke Muar. Kali ni beraya dengan Saudara mara belah Suami.



Dalam perjalanan ke Muar, kitaorang sempat snap-snap picture kat Sawah, cantik sangat view ni mengingatkan saya tentang Kampung Ayah kat Kedah. Malam tu kami buat BBQ, memang Happening sangat-sangat.








Yang ni gambar sepupu belah Shahrul, ni suku je. Ada ramai lagi sebenarnya, cuma diorang tak join je time ni huhu. Raya ke 3 dan seterusnya kami raya kat rumah Saudara mara saya pulak. Sampailah hari kami balik ke Kajang, sempat lagi singgah rumah Pak Andak saya untuk beraya huhu.
Alhamdulillah, meriah raya tahun ni. Insyallah kalau dipanjangkan umur, tahun depan giliran raya kat rumah Mak saya pulak, belum masuk tahun depan dah sibuk nak pilih warna tema baju raya tahun depan huhu.

Balik je Kajang terus isi kuih raya siap-siap dalam bekas kuih. Nanti kalau ada tetamu datang dah senang huhu. Kuih Raya pun import dari Kampung, Adik saya buat semua kuih tu, homemade memang sedap. Beza dengan yang beli kat kedai. Meh datang beraya ke Rumah. Tapi Kuih raya tak banyak huhu. Anyway till then Selamat Hari Raya... xoxo